PELAKON Rita Rudaini sentiasa menjadi inspirasi golongan wanita susulan kecekalannya membesarkan dua cahaya matanya seorang diri sebagai ibu tunggal sejak 10 tahun lalu.

Pelbagai cabaran di hadapi, aktres kelahiran Perlis Indera Kayangan ini kini bahagia di samping permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Terbaru, pelakon itu muncul di samping dua ‘heronya’ sebagai model pakaian. Rita dilihat memperagakan persalinan kurung moden dan kebaya manakala Rayyan dan Arjuna menggayakan busana baju Melayu cekak musang berserta samping pelbagai warna.

Baca juga: ‘Jangan cuit sis!’ Anak sekolah swasta terima tawaran MRSM, Rita Rudaini terguris dituduh ambil kuota B40

Baca juga:’Tidak ingat bila kali terakhir menangis.’ Rita Rudaini korbankan kehidupan & keinginan demi anak-anak

“We are proudly present our ritrudxhazelhisham campaign for Raya 2024,” titipnya.

Rita berjalan seiringan dengan dua anaknya menampakkan tubuh mereka yang sudah membesar.

Rayyan kini dilihat lebih tinggi daripada Rita manakala adiknya pula sudah hampir menyamai ketinggian ibu mereka.

Baca jugaa:‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Baca juga: Datang dan jumpa saya, cakap depan-depan – Rita Rudaini berang dituduh anti vaksin

Warga maya menzahirkan rasa rindu untuk melihat penampilan Rita di kaca televisyen. Malah tidak kurang memuji kecantikan Rita yang kini meniti usia 46 tahun bersama dua anak lelakinya.

Iklan

– “Segaknya bodyguard ibu.”

– “Sis Rita sangat cantik dan klasik wajahnya. Anak-anak pula kacak dan segak macam ibu.

– “Kak Rita Rudaini dan kisah hidupnya membuatkan beliau tampak sangat elegan. Bagaimana untuk menjadi wanita kuat dan independent macam dia?”

– “Ibu yang cantik, anak-anak segak. Ini baru betul boleh sokong butik ni.”

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar diceraikan oleh bekas suami, Aidil Zafuan menerusi SMS pada Ogos 2013 selepas didakwa susulan orang ketiga.

Iklan

Rita yang merupakan finalis Dewi Remaja 98/99 terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada tahun 2008.

Sumber: Instagram , TikTok ritrud727

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!