BIARPUN bergelar ibu tunggal, Rita Rudaini menjadi inspirasi ramai kerana berjaya mendidik anak anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin cemerlang hingga meraih Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Baharu memindahkan anaknya ke sebuah MRSM di Selangor, Rita berkongsi rasa tidak puas hati beliau terhadap guru di MRSM yang menjadi buah mulut orang ramai.

Perkongsian yang dibuat dikatakan berpunca daripada sikap segelintir guru di MRSM yang melemparkan fitnah serta menuduh beliau mengambil kuota golongan B40 selepas beliau memilih untuk menghantar anak lelakinya yang sebelum ini bersekolah di sekolah swasta ke institusi pendidikan di bawah MARA itu.

Menerusi perkongsian, Rita mendakwa pihak yang membawa mulut dan menyebarkan fitnah terhadapnya. Menurut Rita, seorang pendidik tidak seharusnya mempunyai mentaliti kolot.

“Macam inilah nasib, dari sekolah swasta jika ke sekolah biasa. Kena fitnah ambil kuota B40 pula,” kongsinya.

Baca juga: ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Baca juga: “Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan” – anak sulung Rita Rudaini jalani pembedahan

Baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Baca juga: Alahai mak ayah, jangan tipu pendapatan demi dapatkan tempat di MRSM, risau anak belajar tak berkat

Rita turut memaklumkan beliau enggan mengeruhkan keadaan namun terpaksa mendedahkannya selepas mendapati terdapat anak pendidik dan mereka yang berjawatan besar turut berada dalam MRSM meskipun tidak berada dalam kelompok B40.

“Jangan cuit sis, sis tak kacau orang. Sis tidak memilih tempat mencari ilmu dan tidak kisah bercampur dengan golongan B40.

Iklan

“Semua kita manusia sama. Bagi saya biar miskin harta tapi jangan miskin adab!
Jangan tunjuk sangat true color tempat anda.

“Anak-anak depa sama tempat. Macam mana ni? Sudah lama puak-puak kroni buat kerja tapi sis pulak yangg difitnah curi tempat B40 oleh guru. Paku dulang paku serpih…

“Satu masa INSYAALLAH, tali kabel kalian akan putus. Tugas guru-guru untuk mengajar amalan mulia kepada pelajar, bukan bergossip, fitnah pelajar dan ibu bapa,” ujarnya.

Iklan

Airit Rayyan Rizqin terdahulu mengikuti pengajian aliran Ulul Albab di sebuah MRSM di Negeri Sembilan pada 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!