SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon dan usahawan cantik molek, Rozita Che Wan atau Che Ta.
Isteri kesayangan Zain Saidin itu sering memuat naik konten bersama bongsunya, Aaisyah Dhia Rana atau mesra di panggil Aaisyah.
Terbaharu, beliau dilihat berbual bersama anaknya itu di sebuah butik pakaian berjenama.
Dalam perbualan tersebut, Che Ta sempat menitipkan pesanan padu buat anaknya itu.
"Ni Aisyah, kami nak habaq ni. Hang kalau besar nanti jangan dok gila dekat laki orang.
"Hang nak cari laki, ahli gusti ka, ahli sukan, ahli muzik ke tak ada masalah. Jangan dok gila dekat orang saja. Mommy ligan hang tak cukup tanah nanti," ujar Che Ta.
Aaisyah yang berada di sisi ibunya itu lantas membalas kembali pesanan tersebut.
"Yelah mommy, jangan risau. Aaisyah tak taste dekat laki orang," balasnya bersahaja.
Baca juga‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan
Gelagat dua beranak itu mengundang reaksi warga maya.
Rata-rata mengakui cukup terhibur apatah lagi mendengar logaht utara yang digunakan Che Ta dan anak perempuannya itu.
'Amboi-amboi dah kena warning dah Ecah jangan cari laki org. Yang lain mummy tak kisah, jangan laki orang ja Ecah.'
Baca lagi‘Wanita kena ada pendapatan sendiri tapi jangan bodoh semua nak sumbang.’ – Che Ta
'Bulat je mata dia mami dok berletiaq.'
'Ahli gusti pun mamy bagi Aisyah jangan orang punya je.
'Sempat lg bg pesanan khidmat masyarakat.'
'Betoi sangat tu...pesanan terbaikkkk.
Sumber: TikTok Rozita Che Wan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!