Patutlah ramai orang, Mulut Cafe di Tampin sajikan menu rare tak masuk akal. Seleksi dessert memang wow!

Iklan
432444336_818522366984523_2292116819240378498_n

SEHEBAT namanya. Mulut Cafe & Desserts yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan menjadi buah mulut ramai dek variasi menu yang memukau.

Mana tidaknya, pelbagai sajian rare ditawarkan. Antaranya nasi lemak bamboo, masakan Thai viral, aneka burger unik dan desserts mengiurkan.

Iklan
Iklan

Kalau bercerita tentang nasi lemak bamboo, set nasi berwarna hijau yang dibubuh dalam buluh mini dilengkapi dengan sambal ikan bilis, kacang tanah goreng, ikan bilis dan telur rebus.

Jika nak rasa lagi kick, boleh tambah dengan lauk tambahan seperti ayam goreng crispy, ayam goreng berempah, sambal udang dan sambal sotong.

Iklan

Iklan

 

Tak cukup dengan itu, seleksi burger yang ditawarkan memang wajib dicuba kerana homemade dari segi pembikinan patty ayam dan daging.

Mungkin lain daripada lain daripada tempat lain, gabungan patty ayam dan daging memang unik selain burger yang dihidangkan bersama telur poached.

Jika kalian peminat makanan fast food tersebut, kena try menu Burger UFO yang digabungkan dengan onion rings. Nak lagi ganas, boleh order menara burger yang diperbuat daripada enam hingga lapan patty. Mantap!

Baca juga Korean bingsu ala kampung hanya RM10 jer. Isi buah melambak, makan memang puas hati!

Rata-rata pengunjung yang pernah datang ke sana ramai mengesyorkan untuk mencuba menu Thai Street Food yang bukan kaleng-kaleng.

Antara yang laku keras seperti mega miang pla pao, kerabu meggi, sotong bakar, Daging Bakar Danok, Udang Galah Thai dan Pulut Ayam Thai.

Bagi anda yang memiliki selera besar, bolehlah pertimbangkan hidangan Nasi Diraja yang lengkap dengan dua ayam goreng berempah, kentang goreng, wedges dan bebola ayam. Nak cheese tarik pun boleh!

Untuk masakan lokal pun tersedia untuk peminatnya. Tak sempurna kalau kalian tak order daging salai masak lemak cili padi yang menjadi signatur masakan di Negeri Sembilan, kan?

Baca juga 5 ‘lokasi panas’ salai masak lemak viral, premis nombor 3 memang rugi kalau tak cuba

Sebelum terlupa, kulinari yang dicetuskan dengan citarasa Korea juga disediakan kepada anda seperti ayam goreng Korean, Bingsu Barbie dan Bingsu Biscoff.

Fuh! Kalau nak disenaraikan satu-satu menu laris memang tak tertulis dibuatnya.

Banyak juga snek untuk kanak-kanak yang boleh dicuba seperti nuget, kentang goreng, sosej, onion rings dan lempeng kelapa bersama sambal tumis. Takoyaki pun ada.

Baca juga Sajian popular versi halal, MizukiCakes tawarkan Korean Cinnamon Roll Loyang pertama di Malaysia

Bab pemanis mulut rasanya boleh buat kalian rambang mata. Dessert buah-buahan seperti mangga, tembikai, honeydew, rock melon beserta aiskrim vanila.

Ais batu campur atau snow ice dengan perisa seperti coklat, strawberi dan onde-onde kena try dulu sebelum pulang.

Jika pembaca SinarPlus mempunyai destinasi pilihan lain yang lagi best, boleh share info menarik di ruang komen kami.

Mulut Cafe & Desert

Alamat: NO 66, Jalan Bunga Tanjung, Kampung Tampin Tengah, Tampin, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 3 petang hingga 11 malam (setiap hari kecuali Selasa)

Facebook: Mulut Cafe And Desert Tampin

Instagram: @mulut.cafe

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!