ANEKA pilihan sajian tular versi halal! Keunikan tersebut menjadikan Cafe MizukiCakes yang terletak di Eco Grandeur Puncak Alam antara persinggahan popular di Selangor.

Mana tidaknya, hamparan lebih 50 menu menggiurkan membuatkan sesiapa sahaja rambang mata kerana dipersembahkan dengan gaya tersendiri oleh dua beradik yang serba boleh.

Antara hidangan paling mencuri tumpuan ialah Rose Carbonara Duck, Istanbul Beef Burger, strawberry croissant, Strawberry Mochi Kacang Merah dan kek bento.

Muhammad Fakharuddin Zulkefly dan adiknya, Nur Farzana, 23, berkata, mereka mahu memeriahkan lagi kembara gastronomi orang ramai dengan kulinari enak serta dijamin suci.

MizukiCakes
KREATIF! Muhammad Fakharuddin Zulkefly dan adiknya, Nur Farzana menawarkan kelainan kepada peminat menu hipster.

Sebab itu kata mereka, pelbagai menu popular di Korea dan Jepun diolah dengan resipi tersendiri supaya serasi dengan selera tempatan.

“Rose Carbonara Duck misalnya, memang lain daripada lain. Selain kaya dengan rasa berkrim, berlemak dan pedas, hirisan daging itik menambahkan lagi keenakan masakan.

 

“Stok daging itik halal ini memang kami cari pembekal tempatan. Boleh dikatakan RM50 untuk sekilogram daging, walaupun agak mahal tapi dijamin bersih dari segi pengendalian,” kata mereka yang dibantu lapan pekerja.

Ujar Muhammad Fakharuddin, Istanbul Beef Burger yang juga merupakan air tangannya turut diminati ramai pelanggan khususnya peminat kulinari Timur Tengah.

MizukiCakes

“Sebenarnya, burger tersebut diilhamkan daripada Iskender Kebap yang popular di Turki. Jadi, saya ubah suai dari segi ramuan patti daging dan roti dengan kaedah tersendiri.

Baca juga Korean bingsu ala kampung hanya RM10 jer. Isi buah melambak, makan memang puas hati!

“Yang membuatkan makanan ini menyelerakan disebabkan roti berasaskan kentang yang dibuat sendiri. Patti daging pun besar dan puas makan,” kata graduan Sarjana Pembangunan Kurikulum (Pendidikan) itu.

MizukiCakes

Selain menu tersebut, Cafe MizukiCakes juga menyediakan pencuci mulut istimewa, Korean Cinnamon Roll Loyang yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

Menariknya, terdapat tujuh pilihan perisa yang boleh kalian cuba iaitu pistasio, strawberry cream cheese, pizza roll, takoyaki roll, walnut, smores dan biscoff.

MizukiCakes

“Ini antara produk signatur terbaharu dan alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Rugi kalau tak cuba kerana cinnamon roll kami dibuat segar setiap hari.

Iklan

Baca juga Swiss roll mini dengan warna ceria. Lembut, sedap dan padu. Ini resipi senang nak buat

“Bukan itu sahaja, set DIY Bento Cake juga ditawarkan kepada pengunjung yang mahu meraikan ulang tahun kesayangan,” ujar mereka yang turut menyediakan ruang khas untuk sambutan hari istimewa.

MizukiCakes

Usahawan berusia 31 tahun itu juga tidak terkilan apabila enggan meneruskan kerjaya sebagai pensyarah memandangkan minat dalam bidang kulinari dan pastri lebih mendalam.

“Jika sebelum ini memang impian daripada kecil pernah ditentang keluarga, namun saya bersyukur apabila usaha keras ini berjaya memikat hati ibu ayah.

Iklan

MizukiCakes

“Bukan mudah sebenarnya mahu bertahan dalam industri ini jika bergantung kepada populariti atau viral sesuatu makanan, cuma saya percaya jika masakan kita sedap, orang akan terus datang,” tuturnya sebelum menutup perbualan.

MizukiCakes

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang