Selalunya pucuk ubi kita makan buat ulam je kan, celur sekejap dan siap makan dengan sambal belacan. Kalau nak sedap sikit, buat masak lemak cili padi letak pula udang memang ngam lah!
Selain itu, ada satu lagi tau resipi yang menjadi kegilaan orang ramai, kalau ada orang jual makanan ni mesti akan ramai yang beli.
Menu apa lagi kalau bukan pucuk ubi goreng rangup! Sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. Paling tidak, makan macam tu saja pun sedap. Letak pula kacang dan ikan bilis, sedar-sedar dah habis sebekas buat ratah!
Yang dah kecur liur tu, boleh la cuba ikut resipi dari Puan Iskamaridzah Ismail kat bawah ni, insyaAllah menjadi. Jom cuba!
Pucuk Ubi Goreng
Bahan-bahannya:-
- 1 besen besar pucuk ubi (basuh bersih dan keringkan)
- 1 mangkuk kecik ikan bilis (basuh bersih, keringkan dan gaul dengan tepung beras)(BELI DI SINI)
- 2 biji bawang besar (hiris) (BELI DI SINI)
- 1 keping asam gelugur (BELI DI SINI)
- 1 inci belacan (BELI DI SINI)
- 1 potong ikan masin kurau (sebesar tapak tangan, goreng dan kiraikan isinya blender kering) (BELI DI SINI)
- Segenggam cili kering (rebus, basuh, toskan dan blender kering) (BELI DI SINI)
Cara-caranya:-
1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan tunggu minyak panas.
2. Bila dah panas, goreng pucuk ubi sehingga ranggup, kemudian toskan.
3. Goreng ikan bilis hingga rangup, toskan.
4. Tumis bawang hingga garing.
5. Masukkan cili kering, kacau jangan sampai hangit. Perasakan dengan garam dan gula, kacau rata.
6. Kemudian masukkan belacan dan asam gelugur, kacau rata.
7. Bila cili dah masak dan garing, masukkan ikan masin kurau dan ikan bilis. Matikan api.
8. Masuk pucuk ubi dan gaul perlahan sehingga semua bahan sebati. Jangan gaul kasar-kasar untuk elak pucuk ubi hancur.
11. Bila dah rata, angkat letak dalam besen. Biarkan sejuk sendiri, jangan pula sejukkan bawah kipas.
12. Bila dah sejuk elok letak dalam bekas kedap udara. Boleh tahan dalam masa dua minggu.