Asam gumpal menu Ramadan pantai timur

Iklan

Asam gumpal, kuih yang terkenal dan sering dijual sebagai juadah berbuka puasa di negeri-negeri Pantai Timur, terutamanya di Terengganu

Asam gumpal, kuih yang terkenal dan sering dijual sebagai juadah berbuka puasa di negeri-negeri Pantai Timur, terutamanya di Terengganu.

Kuih itu termasuk dalam kategori pencuci mulut yang berasaskan santan, seperti bubur butir nangka dan bubur kacang, yang menjadi kegemaran ramai ketika Ramadan.

Keenakan asam gumpal terletak pada kombinasi sagu biji yang lembut dan kenyal dengan inti kacang hijau yang manis, disertai dengan kuah santan yang berlemak serta aroma halba dan daun pandan.

Tidak lokek ilmu dan sering berkongsi resipi serta tip menu kuih tradisional orang lama, SinarPlus sempat menemu bual Zalifah Yusoff, yang juga seorang peniaga di aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Lebih dikenali sebagai Kak Pah Lopez di media sosial, beliau sudah berkongsi resipi di Facebook sejak 2018 lagi.

"Ketika pandemik COVID-19, saya berhenti seketika kerana tidak lagi berniaga.

"Anak-anak kemudian mencadangkan saya untuk kembali berkongsi resipi, tetapi dalam bentuk video di TikTok. Saya pada mulanya rasa ragu-ragu tetapi diyakinkan oleh anak-anak. Jadi, saya cuba,” katanya.

Air tangan

Bertanyakan tentang kuih sagupal atau asam gumpal, beliau mengenali kuih ini ketika menetap di Terengganu selama 15 tahun tetapi tidak pernah membuatnya.

Setelah mendengar keluhan rakan yang tidak berjaya membuat kuih ini kerana sagunya berderai, beliau mencuba nasib untuk mengubah resipi kuih itu dengan menggunakan teknik lain dan akhirnya berjaya.



"Saya hanya membantu menjualnya, bukan membuat sendiri. Bila saya cuba buat sendiri, saya olah dengan menambah sedikit tepung ubi supaya doh mudah dibentuk,” ujarnya.

Selain berkongsi resipi, Kak Pah juga turut menerima tempahan kuih-muih, tidak kira pada bulan puasa atau tidak.



"Selalunya saya akan buka tempahan dahulu. Kemudian saya akan buat sambil melakukan siaran langsung di TikTok. Ketika itu juga, saya akan berkongsi resipi dan teknik dalam pembuatan kuih tersebut,” jelas beliau.

Bercakap tentang perancangan masa depan, wanita berusia 58 tahun itu bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan makanannya.1qqqq11

"Jika ada rezeki, saya mahu mengusahakan pulut kuning, rendang dan wajik sirat secara lebih besar-besaran.

"Saya juga akan mula mengadakan jualan secara jelajah dikawasan sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Ini semua atas permintaan pengikut saya di media sosial yang ingin merasai air tangan saya,” tambah beliau.