Fenomena Salted Caramel Cornflakes! Nak lagi sedap, tambah serbuk rahsia ini

Iklan

Cubalah resipi Salted Caramel Cornflakes, kudapan raya yang lebih premium dengan gabungan rasa manis, lemak, dan masin. Ikuti langkah mudah untuk hasil yang rangup dan lazat!

Jika sebelum ini hanya cornflakes madu menjadi kegemaran setiap musim perayaan, kini ada alternatif yang lebih menarik, Salted Caramel Cornflakes!

Rasa lemak manis dengan sentuhan masin menjadikan kudapan ini lebih premium dan sedap.

Iklan
Iklan

Siapa yang dah bosan setiap tahun asyik buat cornflakes madu sahaja, boleh cuba menu ini pula, perkongsian daripada Resipi Eny Abdullah.

Nak jadi bertambah sedap, bakar dahulu dengan horlicks atau susu tepung, barulah naik rasa lemak-lemak gitu!

Iklan

Ada yang kata lebih sedap daripada cornflakes madu, betul ke? Nak tahu, kenalah cuba!

Resipi Salted Caramel Cornflakes

Iklan

Bahan-bahan:

1 kotak cornflakes

½ cawan Horlicks (boleh guna susu tepung jika mahu lebih bajet)

80 gram mentega

125 gram dairy whipping cream

250 gram gula kastor

Cara penyediaan:

1.Campurkan cornflakes dan Horlicks, bakar sekejap dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 10 hingga 15 minit.

2.Letakkan gula dalam kuali dan ratakan. Jangan biarkan gula bertimbun dan jangan kacau terlalu kerap.

3.Apabila gula mula mencair, perlahankan api ke tahap paling rendah. Kacau hingga gula menjadi karamel, iaitu bertukar warna keperangan dan larut sepenuhnya.

4.Masukkan mentega dan kacau hingga cair. Boleh kuatkan sedikit api.

5.Masukkan dairy whipping cream dan kacau sebati. Masak lebih lama untuk mengurangkan kandungan air dalam mentega dan krim putar, atau sehingga karamel menjadi likat dan pekat.

6.Masukkan 1 hingga 2 sudu teh garam mengikut tahap kemasinan yang diingini.

7.Boleh tambahkan esen vanila jika mahu.

8.Apabila karamel sudah likat dan bertali, tutup api.

9.Masukkan cornflakes dan gaul rata. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam cawan atau bekas.