Koleksi terhad gaya rock n' roll, ini spesifikasi rare Low Rider ST dengan edisi limited Tobacco Fade Enthusiast 2024

Iklan

LEBIH bergaya dengan gaya maskulin! Harley-Davidson Malaysia menawarkan model Low Rider ST dengan koleksi terhad Tobacco Fade Enthusiast 2024.

Menurut laman web rasmi jenama tersebut, koleksi berkenaan diilhamkan komuniti penunggang tegar yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang unik.

Iklan
Iklan

"Setiap siri baharu dilancarkan setiap tahun sebagai penghormatan kepada subset komuniti penunggang yang lebih luas dan tersedia dalam kuantiti terhad.

"Selain itu, Harley-Davidson juga mengambil ilham daripada pemuzik setiap genre dengan menampilkan skema cat yang meniru kehangatan gitar rock n’ roll,” katanya.

Iklan