Bawa nama Malaysia ke AS, buggy elektrik ciptaan anak tempatan kini mudahkan pergerakan jemaah majlis ilmu

Iklan

DUA unit buggy yang direka khas untuk pasaran eksport ke Amerika Syarikat kini bukan sahaja membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, malah turut berbakti di tanah air sendiri demi keselesaan ribuan jemaah dan pencinta ilmu.

Kenderaan mesra alam ciptaan Go Auto Group itu disumbangkan khas buat kegunaan pengunjung di Akademi Ilmi, sekali gus memudahkan pergerakan tetamu yang hadir mengikuti majlis ilmu saban minggu.

Iklan
Iklan

Sumbangan murni berkenaan disampaikan oleh pengasas Momentum Iyziq Sdn Bhd, Mohd Najib Asaddok bersama Datuk Wira Ilaiaraja Sagadewan dan isteri, Datin Wira Sumitra daripada Nuetra Sdn Bhd kepada Pengasas Akademi Ilmi, Ustaz Wadi Anuar.

Iklan

Sambil menyembah bakti kepada masyarakat, langkah pemain industri automotif tempatan itu membangunkan kenderaan mobiliti dan elektrik sebenarnya membuka ruang besar buat ekosistem pengangkutan tanah air. Bagi menampung sambutan yang semakin menggalakkan, syarikat berkenaan menyalurkan pelaburan sebanyak RM1.5 juta untuk meluaskan fasiliti pengeluaran mereka.

Langkah berani itu bukan sahaja membolehkan pengeluaran ditingkatkan sehingga 500 unit sebulan, malah membuka lebih 100 peluang pekerjaan baharu buat anak tempatan dalam pelbagai bidang teknikal dan operasi.

Iklan

Pengasas & Pengarah Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Omar berkongsi setiap kejayaan sesebuah perniagaan terasa lebih bermakna apabila ia dapat dipulangkan semula kepada masyarakat.

Menurut beliau, keupayaan menghasilkan kenderaan bertaraf antarabangsa yang kini memasuki pasaran ASEAN dan Amerika Syarikat membuktikan kemahiran warga tempatan tidak kurang hebatnya.

Inisiatif sebegini membuktikan bahawa inovasi dan teknologi bukan sekadar mengejar angka atau nilai perniagaan semata-mata, tetapi menjadi platform terbaik dalam menyebar manfaat serta memudah cara kehidupan seharian komuniti.