Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

Iklan
23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah (1)

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah Sutera Jannah sudah meningkat remaja. Genap 12 tahun pada 30 April lalu, titipan si bapa anak perempuannya itu mengundang perhatian warganet.

Pesanan dan ingatan disampaikan si ayah kepada anak dalam bentuk berkias yang cukup indah.

Iklan
Iklan

Baca  juga: Anak sulung Fedtri Yahya raih keputusan 8A UPKK. ‘Alhamdulilllah, tahniah. 'Kakak kerja keras'

Iklan

Baca  juga: Fedtri Yahya terima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif

Kata-kata penuh kasih sayang dirangkaikan menjadi 23 rangkap pantun dua kerat nan puitis.

Iklan

Pesan cinta untuk Sutera

Kakak Sayang,

Nanti dewasa miliki rasa,

mahalkan cinta sebelum binasa

Jangan merindu pada yang tak sudi,

jangan meratap pada yang dah pergi

Jangan mengharap pada yang tak pasti,

jangan merayu pada yang dah benci

Serasi bukan terletak di mata,

tetapi sepadan di dalam jiwa

Jangan terkesan bandingan orang,

selami sendiri si dia tersayang

Jika getaran telah berputik,

impian bersatu selalu berdetik

Jangan serah segala hati,

simpan separuh sebagai sakti

Jangan mudah termakan harapan,

simpan iman sebagai penampan

Jika nanti rekah jalinan,

ada bekalan untuk bertahan

Jika nanti hambar hubungan,

ada penawar meluput kenangan

Jika nanti cintamu zulmat,

tak perlu tabur dendam kesumat

Bangkit dan julang seribu maaf,

tadabbur makna pasrah dan khilaf

Usah rebah sebelum nikah,

usah berlebih dalam bercanggah

Baca juga: Program Jejak Rasul, Fedtri Yahya pendorong pelajar India raih A+ Tasawwur Islam SPM

Baca juga: Fedtri Yahya berbalas pantun dengan SPRM, DBP turut terkait

Yang terkurang disantuni cermat,

yang menawan jadikan azimat

Usah berteman si dia yang dayus,

dilanda gelora terus menikus

Dunia adalah duri dan fitnah,

Pegang teguh Quran dan sunnah

Pancarkan pesona pada yang halal,

tutup laluan ke jalan yang dangkal

Tak rugi tidak dipuji,

hidup bukan mainan janji

Jangan menangis di dalam hati,

luahkan rasa pada Yang Mengerti

Andai tertutup telinga manusia,

keluh dan kesah hamparkan pada-NYA

Jangan menanti terlalu lama,

tegaskan diri bak dewi kesuma

Jangan jadi bunga murahan,

sebelum kembang ditimpa dahan

Jangan pudar sebelum menguntum,

simpan kejutan mustika terharum

Jangan mengorak kelopak terluka,

sucikan diri setulus cempaka

Baca juga: 'Petua guna garam dan lada hitam, buang toksik dalam badan'- Ahmad Fedtri Yahya

Baca juga: Fedtri Yahya terima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif

Kalau seroja damailah di tasik,

beralun tenang air berbisik

Kalau dipuja bagaikan mawar,

jadikan duri perisai yang tegar

Ingat sejarah semalu di tanah,

dalam malu senjata memanah

Namun tak perlu simalakama,

racun rahsia di hati kama

Menjadi apa pun biarlah berpada,

walau diri di puncak persada

Kerana dirimu tetap indah,

sutera syurga lambaian jannah

Naiklah ke langit dengan cinta,

bukan di bumi tersilau mata

Ada takdir kasih mulia,

berkat doa munajat pada-NYA

Bidadari terhormat taman firdausi,

puncak segala nikmat abadi

Hantaran personaliti televisyen itu menerima pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan warga maya. Rata-rata meluahkan tersentuh dengan luahan Fedtri buat Sutera yang cukup istimewa.

Tidak kurang pula yang menzahirkan rasa tertarik kepada penggunaan elemen tatabahasa yang amat menarik.

Ujar mereka;

"Pesanan seorang ayah sangat indah dan penuh dengan kasih sayang," ujar Sazadanisha.

"Sungguh indah ayat bicara, leka membaca menusuk di jiwa," kongsi Ejan 4121.

"Saya juga ada puteri, bergenang air mata memikir pejuangan anak-anak zaman sekarang untuk kuatkan menjaga diri," titip Irma Fitta Puteri.

"Saya juga ada anak perempuan. Apabila membaca madah @fedtriyahya menitis air mata ini. Semoga anak-anak kita semua dilindungi ALLAH, aamiin," tulis Norliyana Abd.

"Indahnya dan puitis serta mendalam maksudnya. Berkaca mata menghayati tiap baris kata. Semoga ALLAH menjagamu Sutera," kata Nur Official 20.

"Pesanan seorang ayah kepada anaknya. Selalunya inilah yang diulang ayah hingga anak ingat sampai ke akhir hayat," komen Liyana Zahid.

Terdahulu, anak sulung Fedtri itu meraih keputusan cemerlang 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 yang diumumkan Mac lalu.

Selain Sutera, Fedtri dan isteri, Nurul Anati dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Wildan Arjuna, 10, Indah Rauvda Inaara, 7, dan Ahmad Firaas Mevlana, 5.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!