PENGACARA dan personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.

Menerusi laman sosial Instagram, pengacara Jejak Rasul itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya.

“Keputusan UPKK sudah keluar. Ya ALLAH Syukur! Alhamdulilllah.

“Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi.

Sebak menangis mama daddy hari ni. Syukur,” titip Fedtri.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). ‘All the hard work paid off’

Baca juga: “Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat. ” Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!

Baca juga: Anak Malaysia di mata dunia! Nusaybah Maszlee gondol 6 anugerah siswa cemerlang di Qatar, raih CGPA 4.0

Indah yang memeriksa keputusan peperiksaan berkenaan menerusi atas talian di telefon bimbit pada awalnya seakan tidak percaya dan terkejut menatap keputusan yang terpampang pada ruangan skrin telefon.

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat 8A.

“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” titip Fedtri.

Ruangan komen penulis lirik lagu Mikraj Cinta dan Cintamu itu dihujani ucapan tahniah daripada warga maya. Rata-rata mereka teruja dengan keputusan yang diraih Indah dan mendoakan kecemerlangan berterusan pada masa akan datang.

– “Masya-ALLAH tahniah Kakak.”

– “As expected alhamdulillah. Like father like daughter. Tahniah kakak.”

Iklan

– “Alhamdulillah, tahniah anak dan ibu ayah.”

– “Tahniah Fedtri dan isteri berjaya didik anak sempurna akhlak,sahsiah dan akademiknya. Teruskan bersemangat mengejar ilmu.”

– “Alhamdulillah Ya ALLAH, cantik dan pandai.”

Indah Sutera Jannah dilahirkan di Hospital Pusrawi, Kota Damansara pada 30 April 2012 merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Iklan

Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 12, Ahmad Wildan Arjuna, 10, Indah Rauvda Inaara, 7, dan Ahmad Firaas Mevlana,5.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!