KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 diumumkan keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun.

Sebaik sahaja keputusan peperiksaan diumumkan semalam, pelbagai kisah suka dan duka dikongsi melalui media sosial baik dalam kalangan pelajar mahupun ahli keluarga.

Ini termasuklah, pengacara dan penerbit rancangan TV, Ahmad Fedtri Yahya.

Beliau menzahirkan rasa bangga dan terharu dengan kejayaan seorang pelajar lelaki berbangsa India yang berjaya memperoleh gred A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam.

Menurut Fedtri, pelajar Sai Easwaran memaklumkan beliau sering menonton rancangan dokumentari Jejak Rasul yang dihoskan Fedtri bagi menimba ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan Islam.

Fedtri berkongsi di Twitternya tangkap layar mesej yang dihantar Easwaran melalui ‘Direct Message’ di laman sosial Instagram.

Selain itu, pelajar berusia 18 tahun itu juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan rancangan tersebut termasuk Fedtri kerana sering berkongsi maklumat berkaitan Islam dan bahasa Melayu di media sosial.

Baca juga [VIDEO] Kejam! Anjing Dijerut Leher, Dibungkus Di Dalam Guni. Nasib Baik Sempat Diselamatkan Pencinta Haiwan

Iklan

 

“Selamat pagi Abang Ahmad. Saya baru terima keputusan SPM tadi. Saya telah mendapat 9A dan A+ untuk Tasawwur Islam.

“Semestinya rancangan-rancangan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah dan khususnya Jejak Rasul telah membantu saya mempelajari lebih tentang Islam.

“Saya sentiasa terhutang budi kepada semua rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai ilmu berpengetahuan luas.

“Terima kasih kepada abang yang sentiasa berkongsi maklumat tentang Islam dan bahasa Melayu di Instagram dan Facebook. Semoga abang sentiasa dirahmati,” tulisnya.

Selain itu, Fedtri mendedahkan pelajar berkenaan turut melaksanakan puasa enam walaupun bukan beragama Islam.

Iklan

“Selamat ‘berbuka puasa’ buat adik Easwaran yang berpuasa enam sebagai motivasi untuknya menghayati keindahan puasa. Insya-ALLAH moga terbit cahaya indah di hari muka,” tulis Fedtri di Facebook.

Baca juga [VIDEO] Hanya Bermodalkan Selipar, Video Kos Murah Ini Raih 55 Juta Tontonan

Direkodkan, keputusan peperiksaan SPM 2020 menyaksikan Gred Purata Nasional 4.80 iaitu yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan pencapaian calon di bandar dan luar bandar pada tahun 2020 mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2019.
Bagaimanapun, peningkatan pencapaian calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon di bandar.

Sumber: Ahmad Fedtri