Staycation dalam bandar jer, ini destinasi penginapan unik dengan mesej tersembunyi di sebalik naskhah seni

Iklan

TREND percutian singkat di tengah bandar nampaknya semakin berkembang, ditambah ledakan media sosial yang banyak membantu mempromosikan tempat-tempat menarik dalam negara.

Tidak perlu pergi jauh, Mercure KL Glenmarie yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor antara destinasi liburan yang menjadi pilihan ramai, khususnya mereka yang ingin menerokai bandar pendidikan itu bersama keluarga tersayang.

Iklan
Iklan

Berkongsi keunikan hotel tersebut, Pengurus Besar Mercure KL Glenmarie, Fariz Victor berkata, lokasi yang strategik dan dekat dengan pelbagai kemudahan antara salah satu kelebihan.

Iklan

"Uniknya, kawasan ini terkenal dengan jolokan nama Utropolis iaitu gabungan universiti dan metropolis. Bahkan hotel kami mencerminkan estetika moden dengan inti pati kontemporari.

"Lagi satu, teka-teki intelektual pada tembok jenama Mercure pasti mencetuskan rasa ingin tahu pada pengunjung sekali gus memberikan pengalaman berharga," katanya.

Iklan

Bukan sekadar arca simfoni fon segi tiga yang direka khas, pengunjung khususnya si cilik boleh merungkai mesej tersembunyi di sebalik karya seni yang dipaparkan di ruang lobi.

Baca juga Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

Ujar Fariz, pihaknya turut membawakan sentuhan kartunis terkemuka, Reggie Lee bagi mengembalikan nostalgia tahun 90-an sebagai halwa mata setiap bilik dan suite.

"Kreativiti beliau menterjemahkan kehidupan masyarakat majmuk, perpaduan dan budaya tempatan dalam satu lukisan bertepatan dengan hiburan visual yang kami tampilkan sebagai kelainan.

"Setiap naskhah mempunyai ceritera tersendiri dan mungkin boleh mengamit memori lama," tuturnya yang menawarkan 229 bilik terdiri suite superior, deluxe, privilege dan eksekutif.

Selain kemudahan kolam renang air masin dan gim di ruang paling atas, hotel tersebut juga mempunyai Urban@13 Rooftop Bar.

Tidak sempurna sebuah percutian tanpa hamparan kulinari enak tanpa perlu keluar dari hotel. Ya! Hanya tunggu dan seleksi menu menarik bakal membuatkan kalian puas hati.

SinarPlus turut berkesempatan menemu bual Cef Eksekutif Mercure KL Glenmarie, Cef Zaharullail Ashari yang menawarkan pakej menyelerakan kepada pengunjung.

Baca juga Memang syok pekena cendol sawit viral penuh topping satu mangkuk, ini 5 rekomen lokasi #fyp jadi tumpuan ramai

Antaranya Afternoon Tea Set. Hidangan tiga tingkat itu lengkap dengan masakan lokal dan Barat terdiri kuih-muih tradisional, potongan kek, cucur udang, samosa, croissant salmon sandwich dan chicken toasted sandwich.

Tidak cukup dengan itu, setiap set juga dihidangkan dengan sajian berasaskan mi, bergantung kepada menu pada hari tersebut.

Cef Zaharullail turut mengesyorkan lauk istimewa yang menjadi signatur makan malam iaitu Ikan Siakap Purbakala yang disajikan untuk dua hingga empat orang.

"Apa yang membuatkan masakan ini lain daripada lain ialah isi ikan diperap dengan 27 herba terpilih semalaman sebelum dimasak dengan kaedah tersendiri.

"Untuk si cilik, kami mempunyai sembilan jenis piza homemade. Paling laku keras, perisa tuna sambal, sate, selain pepperoni," sarannya.