Memang syok pekena cendol sawit viral penuh topping satu mangkuk, ini 5 rekomen lokasi #fyp jadi tumpuan ramai

No Image Caption
A
A
A

MUSIM panas yang agak membahang sekarang ini, memang syoklah kalau dapat pekena cendol satu mangkuk penuh dengan topping viral.

Lagi mengiurkan, selain ditambah dengan pulut, jagung dan buah-buahan, kalau dapat beberapa ulas durian memang tak toleh kiri kananlah.

Buat peminat cendol, memang banyak tempat yang menyediakan sajian berkenaan sebagai santapan ringan pada waktu tengah hari atau petang.

No Image Caption

Lagi best, kalau port makan tersebut terletak tepi pantai, sawah, kebun buah-buahan atau tasik sebagai halwa mata.

Sejak kebelakangan ini, laju posting #fyp lalu-lalang dalam wall TikTok apabila ramai rekomen tempat cendol best untuk dicuba.

Tinjauan SinarPlus mendapati, antara seleksi tempat yang disyorkan memang terbukti enak dan berlemak kerana menyajikan cendol santan sawit.

Mungkin rasanya agak lain sikit, namun bagi mereka yang suka tak kira usia dan bangsa, memang habis semangkuk sekelip mata.

Berikut SinarPlus senaraikan destinasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk menikmati cendol sawit:

No Image Caption

Cendol Sawit Warong Estet

  • Alamat: Jalan Mawar, Kampung Bukit Kuching Hilir, Jeram, Kuala Selangor
  • Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin tutup)
  • Facebook: Warong estet cendol sawit
  • Instagram: @cendolsawitwarung

Baca juga Baby pankek dengan 12 perisa mengiurkan, ini destinasi wajib singgah di Bangi, Selangor

No Image Caption

Cendol D’Sawit

  • Alamat: Lot 1828 Mukim, 16, Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam

No Image Caption

Cendol Ibnu Khair Desaru

  • Alamat: 11-01, Jalan Semarak 1, Taman Desaru Utama, Johor
  • Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 9 malam
  • Facebook: Cendol Ibnu Khair
  • Instagram: @cendol.ibnukhair

No Image Caption

Warung Mai Santai

  • Alamat: Taman Sijangkang Indah, Telok Panglima Garang, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam (Selasa - Ahad)
  • Facebook: Warung Mai Santai
  • Instagram: @warungmaisantai

Baca juga Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

No Image Caption

Cendoi Corner Santan Sawit

  • Alamat: Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang (Jumaat tutup)

No Image Caption

Wah! Kalau kalau makan time panas-panas memang nikmat. Lagi seronok kalau kawan belanja, kan?

Kalau anda mempunyai lokasi lagi menarik, bolehlah kongsi di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang