'Bahagia itu sederhana.' Tukar-tukar hadiah sempena anniversary pertama, video tular pasangan suami isteri sentuh hati warga maya

Iklan

SETIAP pasangan pasti akan meraikan hari anniversary masing-masing kan? Tak kiralah mahal atau murah, untuk mengingati hari istimewa ini, bermacam-macam perkara dirancang sebagai kejutan manis yang bakal dikenang sepanjang hayat.

Iklan
Iklan

Bercakap tentang hal tersebut, baru-baru ini tular video tular di laman sosial TikTok memaparkan pasangan suami isteri yang meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok, Yeop Azrul itu meraih hampir 300,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.

Iklan

Sederhana namun membahagiakan, pasangan berkenaan menyambut anniversary pertama mereka pada 3 Jun lalu bertukar-tukar hadiah barangan daripada kedai harga murah, Eco-Shop.

Iklan

Mengambil tema warna merah jambu, hijau, hitam, merah, biru, kuning dan ungu, masing-masing mempersembahkan hadiah yang dibeli sebagai kejutan.

Yeop Azrul dan isterinya, Liana menyerahkan barangan keperluan diri dan rumah seperti sabun, tisu basah, penyegar udara, cecair mandian serta pelembut pakaian sebagai hadiah ulang tahun dengan penuh hilai tawa.

Video berdurasi tiga minit 54 saat itu menyentuh hati warganet. Mengakui bahagia itu sederhana, rata-rata berkata, kehidupan awal selepas berumah tangga memang mencabar, namun itu bukan halangan untuk meraikan pasangan masing-masing.

"Ya ALLAH bahagianya. Senyum sahaja saya tengok. Tak susah pun nak membahagiakan pasangan. Happy anniversary both u. Moga kekal ceria selalu."

"Bahasa cinta wife: receiving gifts, bahasa cinta suami: act of service. Such a perfect couple. Semoga kekal bahagia selamanya."

"Bagus idea ni, boleh praktikkan. Nampak kedua-duanya happy dan bahagia."

"Tumpang gembira tengok kalian. Good idea cipta bahagia dengan cara begini. Moga kekal ke jannah both of you."

"Bahagia itu sedarhana bagi yang sentiasa bersyukur, dicipta dengan gaya tersendiri.

semoga berbahagia sehingga ke syurga."

"Modal RM33.60 tapi ia akan dikenang hingga ke akhir hayat. Nilai tak penting, kenangan dan senyuman pasangan itu yang mahal kan?"