Tular asap tebal dilihat dari jauh, rupanya Taman Tema Genting terbakar

Iklan

KECOH di media sosial Taman Tema Genting Skyworlds, Genting Highlands terbakar hingga muncul trending di laman X.

Iklan
Iklan

Kejadian tersebut dikongsi beberapa pengguna laman media sosial, yang dipercayai pengunjung di kawasan peranginan tersebut.

Kebakaran berkenaan berlaku kira-kira jam 4.55 petang tadi dan disahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar.

Iklan

Insiden tersebut melibatkan bangunan tiga tingkat di pusat membeli-belah berkenaan.

Iklan

Anggota Bomba dan Penyelamat Bentong dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran ketika ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat dua bangunan taman tema berkenaan sebelum merebak ke tingkat empat.

Setakat pukul 6.00 petang tadi, pasukan bomba dan penyelamat sedang membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran gelung sepanjang 200 kaki dan mengambil air dari pili bomba bertekanan.

Katanya, operasi pemadaman api telah dihentikan sepenuhnya.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Astro Awani/ Sinar Harian, Berita RTM