PENDAKWAH selebriti, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak keterlaluan dalam membicarakan keburukan orang lain.
Menerusi perkongsian di media sosial, suami kepada selebriti Noor Neelofa itu mengingatkan bahawa keburukan seseorang tidak seharusnya menjadi alasan untuk menafikan segala kebaikan yang pernah dilakukannya.
PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata, seseorang yang pernah gagal dalam sesuatu perkara masih mempunyai peluang untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik.
"Janganlah melampau menyebut perihal seseorang. Sekalipun mungkin ada keburukan individu itu tidaklah ia memadamkan segala yang kebaikan tentangnya. Tak perlu kutuk tidak memalukan sesiapa.
"Dia gagal dalam satu hal, bukan bermaksud sampai bila-bila dia di situ. Al-Quran mengajar jadi umat yang bersederhana juga tidak melampau dalam ukuran pada sesiapa.
"Sedangkan yang membawa dosa sebesar langit pun diampun Tuhan, inikan pula dosa seorang ayah yang mungkin ada baiknya," titipnya.
Warganet rata-rata bersetuju dengan pesanan PU Riz itu dan berharap masyarakat lebih berhati-hati dalam menilai kehidupan orang lain, selain tidak mudah menghukum seseorang hanya berdasarkan kesilapan lalu.
Sumber: Threads