Ibadah korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq.
Orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga).
Kebiasaannya, untuk bahagian dalaman lembu terbuka kepada siapa yang mahu mengambilnya, termasuklah perut. Walaupun sedap untuk dimakan, tak ramai yang sanggup untuk membersihnya.
Bahagian perut ini dibersihkan menggunakan cuka atau kapur agar ia putih dan bersih. Kemudian perut ini juga dicuci dengan limau untuk menghilangkan bau dan direbus sebelum dipotong.
Bila dah berubah warna dari hitam ke putih, barulah semangat nak masak! Paling mudah nak masak perut masukkan je dalam sup dengan daging. Kalau nak luar biasa sikit, apa kata buat Kerabu perut pucuk paku tauge seperti yang dikongsikan oleh Ctie Zubaidah ni. Jangan lupa cuba ya!
Kerabu perut pucuk paku tauge
Bahan-bahannya:
Perut -rebus
Pucuk paku -celur
Tauge -celur
Air limau
Bawang besar dihiris
10 biji cili padi- kisar
5 batang serai- kisar
2 biji bawang besar - kisar
1 inci halia- kisar
Lengkuas- kisar (saya tak letak)
Santan
Kerisik
Belacan
Garam
Perasa
Cara-caranya:
-Campurkan semua bahan-bahan di atas termasuk bahan yang telah dikisar dan digaul rata sehingga sebati, siap!