Anak hilang rupanya berada dalam pesawat, ibu kongsi pengalaman jadi pengajaran

Iklan

Iklan
Iklan

DIKURNIAKAN anak autisme dalam keluarga adalah cabaran yang cukup besar buat ibu bapa.

Bukan calang-calang ujian dilalui, pelbagai ujian besar dan mereka yang mampu sahaja berjaya menggalas tanggungjawab berat itu.

Iklan

Bagi Norliza Abd Ghani, 53, yang memiliki anak istimewa, pengalaman hilang anak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa mahu menunaikan umrah pada tahun 2018 adalah momen yang tidak dapat dilupakan.

Situasi menimpa anak sulungnya, Fara Nabila Alias, 34, berlaku sekelip mata pada awal pagi.

Iklan

"Masa itu saya bergilir-gilir dengan suami mengambil wuduk kerana penerbangan kami pada waktu subuh.

"Semasa suami sedang menjaga Fara Nabila dan adiknya yang juga seorang anak istimewa, Firjani, petugas yang memeriksa tiket meminta mereka bergerak ke hadapan terlebih dahulu.

"Suami memberitahu petugas itu mereka menunggu saya yang masih di tandas. Selepas petugas itu beredar, suami saya terkejut apabila Fara tiada di sisinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Cemas dengan situasi yang berlaku, ibu berkenaan terus bertindak mencari.

Selepas lebih 10 minit, sang suami berusaha mencari anaknya dan petugas yang sama meminta Norliza menelefon suaminya yang seolah-olah kelu dan kaku ketika itu.

"Akhirnya petugas itu meminta suami untuk segera ke ruangan pelepasan kerana kapal terbang akan berlepas dan khuatir penumpang lain tidak puas hati kerana menunggu lama,” jelas Norliza.

Namun, alangkah terkejutnya pasangan itu apabila memasuki pesawat mendapati anak perempuan mereka sudah berada dalam kapal terbang itu.

"Malah kami diberitahu oleh pramugari yang Fara seorang diri dan meminta petugas untuk memanggil keluarganya segera.

"Tetapi saya sendiri pelik dan hairan bagaimana dia boleh masuk ke dalam kabin kerana pasport serta tiketnya ada bersama suami,” katanya.

MEMAHAMI AUTISME

-Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku.

-Kanak-kanak autisme mengalami masalah pertuturan, emosi, pemikiran dan pola bermain.

-Stimming atau Self-Stimulatory Behaviors adalah perbuatan atau tingkah laku melibatkan pergerakkan fizikal seperti mengibaskan tangan (hand-flapping), tepuk tangan berulang ulang, menggoyangkan badan (body rocking), lari berpusing pusing, menggigit bibir,menyebut sesuatu perkataan atau ayat berulang kali tanpa henti dan sebagainya. Situasi seperti ini boleh menyebabkan orang lain yang berada dipersekitaran berasa kurang senang dan tertekan.

-Bagi anak istimewa ini, stimming behaviors adalah satu cara semula jadi untuk mengawal diri mereka dengan menganalisis informasi atau maklumat di sekeliling mereka.

-Selalunya, mereka akan lebih mudah mengalami gejala tersebut apabila mereka melalui atau terdedah kepada situasi situasi yang memberi tekanan negatif seperti berada di kawasan yang ramai orang, kawasan yang bising seperti pasaraya atau kenduri kahwin yang memang mereka tidak biasa pergi dalam rutin harian mereka.

-Sekiranya gejala ini tidak dikawal dari mula, ia akan menjadi habit yang sangat sukar dibendung dan mengakibatkan stess kepada ibu bapa apabila membawa anak syurga ini keluar rumah.

-Apabila mereka mulakan pelakuan stimming, ibu bapa boleh memegang atau menyentuh anggota badan atau keseluruhan badan untuk mengganggu tabiat perlakuannya. Contohnya, jika anak suka mengepak tangan untuk mengatasi masalah gementar, ketika anak memulakan perlakuan tersebut, anda boleh mengganggu dengan memegang tangannya daripada berbuat demikian.

- Menggunakan alternatif lain untuk mengalih perhatian misalnya dengan sistem token Konsep token ialah dengan memberi ganjaran seperti bintang jika berjaya melakukan sesuatu. Contohnya, jika anak berjaya tidak menjerit,tutup telinga, dapat bintang atau ganjaran. Cara ini mampu mengalihkan perhatian anak autisme tersebut daripada stimming behaviour.

-Cara seterusnya ialah menggantikan tabiat tingkah lakunya dengan perbuatan lain. Sebagai contoh, sekiranya anak melakukan hand flapping ketika situasi dia berasa terlalu teruja, ibu bapa boleh melatih mereka menggantikannya dengan memberikan hand pressing atau squeezing ball.

-Untuk kanak-kanak autism yang suka melakukan body rocking (menggoyang-goyangkan badan),biasakan mereka membawa beg galas yang agak berat tetapi masih mampu dipikul oleh anak.

-Sekiranya anak autisme biasa menggigit, mencubit atau memukul diri sendiri, bantu mereka dengan menggantikannya objek yang sesuai untuk tujuan itu. Sebagai contoh, berikan mereka gula-gula masam yang boleh dikunyah lama untuk membangkitkan kepekaan deria rasa anak. Anda boleh juga menyediakan objek lain untuk dipukul seperti bantal dan bola yang lembut.

-Membendung gejala stimming behaviours memang menjadi cabaran yang sangat besar kepada semua ibu ayah yang memiliki anak autisme. Kanak Kanak Autism dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Moga tip yang dikongsikan mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini.

Baca juga: Ditinggalkan suami akibat penyakit kanser, Marni Azjuwita seorang diri besarkan 3 anaknya

Baca juga: 'Nak kata malu, sikit pun tidak'. Dr Say sayu anak sulung autisme kini miliki kad OKU, berikut 25 kelebihannya mak-mak perlu tahu

Baca juga: Luahan bapa Zayn Rayyan di mahkamah. 'Saya dianiaya, ini semua fitnah'

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. '10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada'

Sumber: Sinar Harian (Qurratul Aina Idrus), Kidz Occupational Therapy Center - HQ