Luahan bapa Zayn Rayyan di mahkamah. 'Saya dianiaya, ini semua fitnah'

No Image Caption
A
A
A

"SAYA dianiaya, ini semua fitnah."

Demikian luahan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret.

Malah, kata-kata lelaki berusia 28 tahun itu turut mencetuskan jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.

Bapa Zayn Rayyan diiringi polis. (Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette)
Bapa Zayn Rayyan diiringi polis. (Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette)

Menerusi rakaman yang tular, suasana menjadi kecoh. Sebelum masuk ke bilik, lelaki itu juga dipercayai melaungkan ayat 'pembunuh kat luar!' diikuti ahli keluarga.

Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette
Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette

Difahamkan, reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan akan disambung selama enam hari. Peguam, Ilyani Khuszairy yang ditemui media memaklumkan ibu Zayn telah diwakili peguam yang lain.Dalam masa yang sama, Ilyani mendakwa anak guamnya sedih dan tertekan."Dia sangat tertekan, ia dapat dilihat daripada mukanya. Menangis apabila diajukan soalan dan sering mengatakan pembunuh sebenar ada di luar."Dia mahu kes ini diselesaikan secara baik dan siasatan dijalankan dengan telus serta adil," katanya.

Ia diikuti ibu Zayn Rayyan yang turut memakai memakai pakaian lokap bewarna ungu. (Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette)
Ia diikuti ibu Zayn Rayyan yang turut memakai memakai pakaian lokap bewarna ungu. (Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette)

Turut berada di luar mahkamah adalah keluarga kepada ibu bapa Zayn yang memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma.’

Kes anak autistik ini mendapat perhatian ramai susulan pengakhiran yang tragis.

Berlaku pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia dengan di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam selepas kira-kira 30 jam hilang.

No Image Caption

Jasadnya ditemukan terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediaman. Namun apa yang menyedihkan, bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh anak syurga itu.

Harap kes berprofil tinggi ini terus akan dirungkai segera manakala pelaku diberkas dan keadilan tertegak buat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kredit foto: Tangkap layar MalaysiaGazette, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang