Resipi Beef noodle with garlic chili oil. Mudah dan enak, sesuai buat waktu makan malam

Iklan

Resipi Beef noodle with garlic chili oil perkongsian dari Zurina Zulkefli.

Balik dari kerja dah penat, tapi tetap kena rajinkan diri masuk ke dapur masak untuk yang tersayang. Kalau beli kat luar, takut tak kena dengan selera.

Waktu macam ni kalau ada resipi yang mudah dan gerenti enak memang jadi pilihan mak-mak!

Iklan
Iklan

Salah satunya, resipi Beef noodle with garlic chili oil perkongsian dari Zurina Zulkefli ni. Kebetulan daging masih ada dalam peti, boleh la masak!

Lagi terbaik kalau Chili Oil tu dah buat stok banyak-banyak, tinggal celur mi je dan masak daging. Tambah sikit kerajinan, buat telur setengah masak dah jadi macam Pan Mee yang selalu tular tu.

Iklan

Nak tahu buat macam mana? Tengok resipi di bawah!

Iklan

Beef noodle with garlic chili oil

Bahan mi lidi

Mi lidi (BELI DI SINI)

Air untuk merebus

Sedikit garam

Cara-caranya:-

1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan mi lidi. Rebus hingga mi lembut. Boleh masukkan sedikit garam untuk elakkan mi melekat ketika merebus. Ketepikan.

Bahan Garlic Chili Oil

Bawang putih cincang (BELI DI SINI)

Emping lada kering (BELI DI SINI)

Biji bijan (BELI DI SINI)

Hirisan daun bawang

Kicap cair (BELI DI SINI)

Minyak bijan (BELI DI SINI)

Garam/gula (BELI DI SINI)

Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas kecuali minyak masak.

2. Panaskan minyak masak, selepas itu masukkan ke dalam campuran bahan tadi. Kacau sebati dan perasakan ia supaya cukup masin, manis mengikut cita rasa masing-masing.

Resipi daging perap:

Daging

Sos tiram (BELI DI SINI)

Kicap cair (BELI DI SINI)

Serbuk lada hitam (BELI DI SINI)

Cara-caranya:-

1. Cincang daging menjadi kecil

2. Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam

3. Goreng di atas kuali sehingga air daging kering dan empuk.

Dah siap semua, boleh campurkan dan makan! Jangan lupa untuk mencuba ya.