Nak minta kerja dan berkomunikasi dengan orang baru kena ada adab. Boleh tiru ayat pemuda ni!

Iklan

Tidak kira secara nyata atau secara visual, adab seharusnya diletakkan sebagai asas utama apabila berurusan dengan manusia lain, terutamanya orang yang baru kita kenal.

Adab, iaitu satu perkara yang susah diamal dan nilainya mahal. Bahasa Inggerisnya disebut ‘manner’, atau lebih masyhur sebagai ‘common sense’. Tiada adab dan common sense ini, orang akan panggil ‘biadab’. Itulah mukadimah yang dikongsikan oleh Adib Solihin di laman Facebooknya.

Tidak kira secara nyata atau secara visual, adab seharusnya diletakkan sebagai asas utama apabila berurusan dengan manusia lain, terutamanya orang yang baru kita kenal.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pernah tular perbualan teks seorang majikan dan individu mencari kerja, yang mana bahasa dan adab yang digunakan oleh individu tersebut agak biadap dan tidak sopan.

Close-up of unrecognizable man touching smartphone screen while zooming information. Businessman checking sms on phone. Technology concept

Iklan

Oleh itu, betapa bernilainya adab sehingga digariskan oleh para ulama sekian dahulu sebagai fundamental penting dalam menghasilkan ilmu pengetahuan. Tanpa adab juga, ilmu pengetahuan yang dimiliki tetap dianggap kosong, tiada guna. Maka, adab dulu, baru ilmu.

Pepatah arab ada menyebut:

Iklan

"الأدب فوق العلم".

Maksudnya:"Adab di atas ilmu”.

Tambah Adib, zaman yang merancak moden hari ini sepatutnya menjadikan kita lebih bertamadun, beradab dan beretika, bukan sebaliknya. Namun malangnya, pahit realiti hari ini menggambarkan masih ramai umat yang gagal mengamalkan adab dan etika sopan, walaupun sekadar yang asas-asas sahaja.

Adab bermuamalah dengan orang ‘baharu’

Rentetan itu, Adib melalui perkongsiannya mahu ketengahkan adab berkomunikasi secara maya dengan orang ‘baharu’ yakni orang yang baru kita kenal untuk sebarang tujuan seperti meminta pertolongan, menyatakan hajat dan lain-lain.

Antara cadangan cara komunikasi berkesan yang boleh diamalkan seperti:

1. Terlebih dahulu beri salam (untuk Muslim) atau sapaan hormat seperti ucapan selamat pagi (untuk Non-Muslim).

2. ⁠Sertakan panggilan hormat dan nama (Tuan/Puan/Encik/Cik/Saudara/Saudari/Jawatan).

3. ⁠Minta maaf andai mengganggu masa atau menambah bebanan orang tersebut.

4. Perkenalkan diri terlebih dahulu (nama kita serta bidang tugas yang berkaitan dengan tujuan utama mesej).

5. ⁠Nyatakan dari mana dapat akses nombor orang tersebut.

6. Terus nyatakan hajat utama anda menghantar mesej kepada orang tersebut.

7. Terima kasih didahulukan atas bantuan yang bakal diberikan oleh orang tersebut.

8. Hantar mesej dalam satu mesej sahaja dengan pemerengganan yang kemas. Jangan spam.

9. Guna perkataan yang dieja lengkap. Jangan guna singkatan perkataan yang berlebihan sehingga susah difahami.

10. Mesej pada waktu yang sesuai. Misalnya, pada waktu pejabat.

Closeup portrait of smiling young Asian man using smartphone and sitting at empty table with blurred cafe interior in background

Wallahua’lam. Hidup adalah tentang pilihan. Maka pilihlah, nak orang nampak kita ni beradab atau biadab. Jika kita beradab, orang pun senang hati nak tolong kita.

Semoga Allah kurniakan kita taufik dan hidayah untuk mengamalkan adab-adab serta etika yang telah digariskan oleh Islam khususnya buat ibu bapa, ahli keluarga, para guru serta orang sekeliling kita.