Tak payah terbang sampai Sarawak, buat sendiri je kek butter horlicks ala mita!

Iklan

Resipi kek butter horlicks versi Julie

Sebelum ini pernah tular kek butter Mita dari Sarawak. Strukturnya yang lembut gebu, baunya yang wangi dan rasa lemak manis membuatkan orang tak mampu menolak untuk makan.

Malah, demi merasai sendiri kek itu ada yang sampai kirim pada kawan yang nak ke sana, tidak kurang juga yang sanggup untuk membeli secara atas talian meskipun ada risiko kek rosak sebelum sampai.

Iklan
Iklan

Tak perlu nak tunggu kek dari Sarawak sampai depan rumah, apa kata buat je sendiri guna resipi yang dikongsikan oleh Julie Zuriana ni. Bila buat sendiri ni nak kurangkan rasa manis pun boleh ikut selera kita, makan pula waktu suam-suam lepas bakar memang layanlah! Jom tengok cara nak buat, hujung minggu boleh la cuba makan sambil santai dengan keluarga.

Ramei yang bertanya resepi kek butter horlicks ala2 Mita...kmk share resepi key.....Kmk halalkan ilmu yang kmk share key....

Iklan

KEK BUTTER HORLICKS VERSI JULIE

Iklan

Bahan-bahannya:-

500 gm butter (Akak guna purebutter)

1 gelas gula pasir (BELI SINI)

3 gelas tepung gadum (BELI SINI)

1 gelas Horlicks (BELI SINI)

1/2 tin susu pekat manis (BELI SINI)

10 biji telur

1 sudu makan baking powder (BELI SINI)

1 sudu kecil esen vanilla (BELI SINI)

Cara-caranya:-

1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.

2. Masukkan telur satu persatu dan putar.

4. Masukkan susu pekat manis dan putar

5. Masukkan horlicks dan putar

6. Masukkan esen vanilla dan putar.

7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.

8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.

9. Dua biji Loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.

10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.

11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.

Nota: suhu bergantung pada oven masing-masing.

Selamat mencuba!