'Rambut panjang tak masuk neraka...' Netizen bengang, bapa biadap serang guru disiplin kerana potong rambut anak

Iklan

Iklan
Iklan

SEORANG bapa berang apabila sebuah sekolah agama dipercayai memotong rambut anaknya.

Tular di laman sosial Facebook rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki itu muncul di sekolah untuk bertemu guru disiplin dan bertanyakan tindakan pihak sekolah memotong rambut anak lelakinya.

Iklan

Perbuatan biadabnya menengking guru berkenaan mengundang tumpuan ramai.

Dia pada masa sama terus lantang menyuarakan pendapatnya dengan menyatakan bahawa mempunyai rambut panjang bukan sesuatu kesalahan berat.

Iklan

Lebih membuatkan netizen berang kemarahan, lelaki tersebut mengugut dan membuat provokasi terhadap guru terbabit.

"Kau panggil anak kau sekarang, kalau kau tak nak sakit dengan aku, kau panggil anak kau," arahnya.

Situasi tegang itu turut meraih perhatian orang di sekeliling kawasan sekitar sekolah berkenaan.

Warga maya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu dan meluahkan rasa kecewa. Ujar mereka:

"Rambut panjang memang tak masuk neraka, tapi displin."

"Astaghfirullah, maka hilanglah sudah reda guru terhadap anak muridnya. Andai anak ini masih bersekolah di sekolah yang sama, maka tiada sudah keberkatan dalam ilmu yang disampaikan guru walau guru sudah ikhlas memaafkan."

"Sedikit komen daripada saya. Kita ni sebagai ayah, jangan terus sembur guru yang mengajar anak kita berdisiplin di sekolah. Sekolah sudah tetapkan peraturan. Rambut harus dipotong pendek dan kemas.Tidak susah pun ikut rule ini."

"Maaf cakap. Saya biasa jumpa ibu bapa yang menyokong anaknya melanggar peraturan dan bertindak sesuka hati. Akhirnya sampai tua asyik bersedih sebab hidup anak-anaknya bermasalah tak pernah bahagia."

Setakat ini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung kejadian itu.

Baca juga: 'Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?' Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

Baca juga: Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari