Beli sardin tin tak cukup kuah sikit, buat sendiri guna ikan segar lagi puas hati!

Iklan

Resipi homemade sardin

Teringat dulu-dulu, kalau hujung bulan tak masuk gaji lagi mesti lauknya sardin tin dengan telur dadar. Itu saja la menu yang murah dan sedap untuk dinikmati sebelum dapat gaji.

Berbeza dengan sekarang, harganya kian meningkat dan tidak sesuai dijadikan menu bajet.

Iklan
Iklan

Jika nak bandingkan beli sardin tin dan buat sendiri di rumah harga seakan sama sahaja. Jadi, baik masuk dapur buat sendiri je kan? Bukan sahaja dapat dalam kuantiti yang banyak, malah kualitinya pun dijamin bersih!

Bagi yang nak cuba buat sendiri di rumah tu, boleh la ikut resipi dari Eniza M Salim ni. Barang yang digunakan pun kebanyakannya memang ada di dapur rumah kita. Jom cuba!

Iklan

Homemade sardin

Bahan-bahannya:

Iklan

1 kilo ikan sardin

4 biji bawang besar (BELI SINI)

4 ulas bawang merah kecik (BELI SINI)

4 ulas bawang putih (BELI SINI)

1/2 inci halia (BELI SINI)

3 sudi besar cili kering kisar (BELI SINI)

Sebiji tomato dadu

5 biji cili belah 2

4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato (BELI SINI)

1/2 tin puri tomato (BELI SINI)

Garam (BELI SINI)

2 sudu besar gula (BELI SINI)

1 sudu besar sos tiram (BELI SINI)

2 cawan air ~ikut kepekatan

2 biji limau nipis

Cara-caranya:

1. Ikan dipotong ekor dan kepala, bersihkan. Perap 10 minit dengsn 1/2 sudu besar garam dan dua biji limau nipis atau kasturi. Dah perap, basuh semula dan toskan air. Ketepikan.

2. Kisar semua bawang, halia dan sepotong dua tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang banyak atau lebih kurang suku cawan.

3. Dah garing dan wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.

4. Masukkan pati kiub, sos tiram, puri tomato, tomato potong dan bahan lain kecuali air. Kacau lagi bagi sebati. Rasa bagi balance rasa masin manis dan masamnya. Kalau dah ok tambah dua cawan air. Kacau sebati dan masukkan ikan.

5. Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang atau hingga tulang dah agak lembut

6. Bila dah cukup masa, lepaskan wap tekanan. Ikut arahan pressure cooker masing-masing la ye. Stir fry sikit dalam dua minit bagi kuah pekat, sedia di hidangkan!