Pasti elegan! Kontinjen Malaysia guna rekaan Rizman Ruzaini pada pembukaan Olimpik Paris 2024

Iklan

KECOH isu pakaian kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Terbaharu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini.

Iklan
Iklan

Pakaian yang akan digayakan pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai itu bakal didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

Baca juga: 'Sudah terhantuk baru terngadah', Majlis Olimpik Malaysia bertindak tukar rekaan baju kontinjen Malaysia

Baca juga: Cantiknya! Paling menyerlah, ini pakaian seragam 10 negara ke Sukan Olimpik Paris 2024

Nama Rizman Ruzaini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dua perekanya, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil baru-baru ini menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaan mereka disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Iklan

Sebelum itu, pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada banyak pihak.

Susulan kritikan tersebut, MOM tampil memperkenalkan rekaan baharu dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi tersebut.

Iklan

Sumber: Astro Awani