'Sudah terhantuk baru terngadah', Majlis Olimpik Malaysia bertindak tukar rekaan baju kontinjen Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SEJAK pakaian rasmi Kontinjen Malaysia dilancarkan pada Ahad lalu, pelbagai reaksi diberikan banyak pihak yang mana rata-rata memberi pandangan negatif bahawa reka bentuk baju berkenaan tidak cantik dan ketinggalan.

Sehinggakan ramai pihak cuba menonjolkan rekaan pakaian yang lebih segar dan unggul.

Sudah terhantuk baru terngadah. Demikian perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi terbaharu apabila dikatakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mula mempertimbangkan bagi mengeluarkan versi pakaian rasmi Malaysia yang jauh lebih baik.

Demikian menurut laporan New Straits Times. Sumber memberitahu Timesport bahawa, MOM bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex bagi mereka bentuk semula pakaian baharu khas untuk atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paris.

“MOM kini sedang menyelesaikan masalah ini dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif hanya untuk atlet.

“Jumlah terhad akan dihasilkan untuk dianggarkan 25 atlet sahaja,” kata sumber.

Situasi tersebut sedikit sebanyak mengecewakan ahli kontinjen lain, termasuk jurulatih, kakitangan sokongan dan pegawai yang akan terus menggunakan pakaian rekaan kontroversi berkenaan.

Sementara itu, bercakap soal pemilihan rekaan berkenaan, sumber menyatakan Yonex telah memberikan beberapa rekaan kepada MOM.

Namun, indah khabar dari rupa, rekaan yang dipilih itu hanya cantik di atas kertas tetapi tidak apabila dicetak pada pakaian rasmi.

Adakah langkah ini dapat menjimatkan kos seperti yang dirancang ? SinarPlus mendoakan semua urusan dipermudahkan. Amin.

Baca juga: Cantiknya! Paling menyerlah, ini pakaian seragam 10 negara ke Sukan Olimpik Paris 2024

Baca juga: #ShopeeHaul raih lebih 423,000 likes, ini petua mesra poket dikongsikan 4 selebriti dengan gaya mampu milik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang