Resipi Pisang Cheese Caramel, idea bernas wanita ini gabungkan dua menu pencuci mulut jadi satu!

Iklan

Pisang Cheese Caramel pencuci mulut gabungan idea puding raja dan pisang goreng cheese.

Sebut tentang pencuci mulut, mesti terbayangkan makanan yang manis kan?

Lagi-lagi waktu cuaca hangat begini, tekak memang asyik minta sesuatu yang sejuk dan manis je, kan? Sesekali apa salahnya tunjuk skil memasak pencuci mulut untuk jamu satu keluarga. Makan pula waktu minum petang, memang surrr lah!

Iklan
Iklan

Nak buat menu yang mudah dan sedap, boleh cuba resipi pisang cheese caramel perkongsian dari sahabat kita Diana Azizan di laman Facebook. Katanya, beliau dapat inspirasi pencuci mulut ni gabungan daripada menu puding raja dan pisang goreng cheese.

Macam menarik kan? Tunggu apa lagi, boleh lah catat resipi ni, nanti beli barang terus buat. Selamat mencuba!

Iklan

Resepi Pisang Cheese Caramel

Bahan-bahan untuk pisang panggang:

Iklan

Pisang Berangan (pilih yang tak masak sangat lagi) -jenis lain tak berapa sesuai bila panggang akan jadi lembik

Butter

Gula perang

Bahan-bahan sos kastard:

1 tin susu cair (BELI SINI)

1/2 tin susu pekat (BELI SINI)

3 -4 sudu Tepung kastard cap Nona (BELI SINI)

1 -2 sudu tepung jagung (BELI SINI)

Air-3 tin *sukat guna tin susu cair ye. Boleh ikut selera nak cair atau pekat.

3 biji telur - kuning telur sahaja

Cara-caranya:

1. Belah pisang kepada dua bahagian.

2. Sapu pan dengan butter, masukkan pisang dan taburkan sedikit gula perang. Panggang sekejap.

3. Dalam periuk lain, masukkan kesemua bahan dan masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api. Pastikan kalau sejuk pun tak keras beku ye, ala-ala sos kastard untuk puding roti je.

Dah siap boleh mula susun pisang ke dalam bekas, tuang sos tabur dengan cheese. Nak sedap lagi boleh tambah buah-buahan macam strawberi, blueberi atau kiwi ikut selera tekak masing-masing.

Kalau nak jual, boleh letak harga RM 5 untuk satu bekas kecil, manakala RM 8 hingga RM 10 untuk bekas besar.