Cef Wan rugi RM420,000, jadi mangsa penipuan kontraktor ubah suai kediaman arwah ibu

Iklan

Cef selebriti Datuk Redzuan Ismail bengang apabila projek kerja ubah suai kediaman Allahyarham ibunya di Raub, Pahang hanya siap separuh jalan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan,66, tidak dapat menahan sabar apabila menjadi mangsa penipuan seorang kontraktor kerana kerja pengubahsuaian yang dijadualkan siap pada Mei lalu masih tiada perkembangan positif.

Iklan
Iklan

"Bila renovation bermula in February contractor ini janji will try to complete and deliver my late mom home ini paling lewat she said in May.

Iklan

Pemilik restoran Cafe Chef Wan itu telah menghabiskan lebih RM420,000 berbanding jumlah sebenar yang perlu dibayar.

Malah Chef Wan mendakwa kontraktor yang dilantik masih meminta wang tambahan melebihi RM500,000 bagi menyambung kerja-kerja ubah suai dengan alasan kenaikan harga barang.

Iklan

"Sekarang sudah lebih dua bulan dan kontraktor masih tidak dapat menyiapkannya, jadi saya berikan mereka sebulan lagi sehingga akhir Julai.

"Ketika saya pulang semula, saya terkejut selepas dua minggu saya masih tidak nampak sebarang kemajuan," katanya dalam hantaran Instagram miliknya.

Lebih tidak masuk akal, Chef Wan terpaksa membayar kos tambahan bagi pembelian sinki tandas dan aksesori tambahan lain kerana tidak termasuk di dalam cadangan harga sedia ada.

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga, Chef Wan kecewa apabila niatnya untuk membantu kontraktor Melayu dibalas dengan kekecewaaan.

Setelah melalui proses audit luaran, ayah kepada tiga orang anak itu memberi tempoh dua minggu untuk menyiapkan segala kerja yang tertangguh.

Chef Wan bakal bersemuka bersama kontraktor berkenaan dan menegaskan akan membuat laporan polis jika tidak disiapkan pada 24 Julai depan.

Tambahnya, beliau akan melantik pihak lain bagi menggantikan kerja-kerja yang ditinggalkan kontraktor berkenaan.