Dikuasakan Xiaomi HyperOS termaju, Redmi Pad Pro terbaharu tahan 12 jam sekali cas

Iklan

XIAOMI baru-baru ini mengumumkan fitur terbaharu, Redmi Pad Pro untuk penambahan koleksi tablet milik jenama itu di negara ini.

Menariknya, reka bentuk skrin 12.1 inci 144Hz memberi hiburan audio visual lebih mengasyikkan, selain dikuasakan Xiaomi HyperOS termaju untuk ketersambungan mudah merentasi peranti.

Iklan
Iklan

Berikut antara ciri lain Redmi Pad Pro:

i) Miliki pembesar suara stereo empat yang disepadukan dengan Dolby Atmos® untuk peningkatan audio.

Iklan

ii) Xiaomi HyperOS termaju memudahkan perkongsian kandungan, pemindahan foto pantas dan kerjasama yang lancar merentas peranti.

Iklan

iii) Dikuasakan Platform Mudah Alih Snapdragon® 7s Gen 2 untuk kelancaran prestasi lebih diyakini.

iv) Kapasiti bateri 10000mAh dan pengecasan pantas sehingga 33W.

v) Tablet pertama yang menyokong papan kekunci pintar Redmi Pad Pro dan pen pintar Redmi.

vi) Pen pintar Redmi didatangkan dengan kepekaan tekanan tahap 4096 dan kadar pensampelan 240Hz.

vii) Pengalaman menulis yang lancar dengan bateri 80mAh yang bertahan hingga 12 jam sekali cas.

Redmi Pad Pro didatangkan dalam tiga warna iaitu Graphite Grey, Mint Green dan Ocean Blue yang tersedia dalam dua varian storan (6GB + 128GB dan 8GB + 256GB).

Harga bermula RM1,099 hingga RM1,499 dan boleh dibeli di cawangan kedai rasmi Xiaomi atau di Shopee serta Lazada.