Termakan biskut bercampur racun, remaja lelaki nyaris maut

Iklan

SEKALI lagi insiden termakan makanan beracun berlaku.

Kali ini membabitkan seorang remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut yang dicampur racun di sebuah kebun di Kampung Dadong, Kemaman pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Daynail Haikal Alias,13 pengsan dan mulut berbuih selepas makan sekeping biskut yang digantung di atas sebatang kayu di kebun berkenaan.

Bapa Mangsa, Alias Saras, 57, berkata, anaknya bersama rakan-rakan yang lain berada di sebuah kebun pisang dan kelapa milik penduduk kampung untuk memancing.

Iklan

Akibat terlalu lapar, mangsa bertindak mengambil dan memakan sekeping biskut yang dipercayai dicampurkan dengan racun untuk menghalau kera dan beruk.

Iklan

"Anak saya bersama seorang rakannya masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik seorang penduduk kampung untuk memancing.

"Akibat terlalu lapar, anak saya telah makan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun itu.

"Selepas makan biskut itu, anak saya pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman," katanya.

Alias memberitahu, keadaan kesihatan anaknya itu semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Alias telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 4 petang Ahad.

Sebelum ini, kes yang sama, Muhammad Akil Syauqi,3 bersama adiknya Muhammad Luth Syauqi dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa disebabkan termakan keropok beracun di Kulim, Kedah.