'Alhamdulillah rezeki ALLAH.' Setahun menanti, Annie Mosha hamil 3 bulan, kongsi tip kesuburan lelaki demi zuriat

Iklan

TAHNIAH buat pelakon, Annie Mosha yang kini sedang hamil tiga bulan.

Iklan
Iklan

Memuat naik video berita gembira itu di Instagram, Annie, 34, turut berkongsi tip kesuburan bagi pasangan yang mengidamkan kehadiran cahaya mata.

"Alhamdulillah, I'm pregnant. Annie nak minta maaf untuk semua yang offer job dari bulan February until now terpaksa tolak.

Iklan

"Bukan sebab tak nak job tu tapi takut menyusahkan orang dalam keadaan yang macam ni. InsyaAllah will be back as soon as possible," katanya.

Iklan

Pelakon Leftenan Zana dan Utusan Cinta Buat Adam itu juga mendedahkan sudah melakukan ujian kesuburan pada awal perkahwinan dan mendapati lelaki itu menghadapi masalah kekurangan sperma.

Pada wal perkahwinan Annie tidak merasakan keadaan itu mengganggu sehinggalah mereka berusaha mendapat cahaya mata setelah setahun berumah tangga.

"Actually saya nak ada baby cepat kerana umur kami sudah 34 tahun, tidak mahu ambil risiko hamil pada usia yang lewat," kongsinya.

Meletakkan target untuk hamil sehingga Jun 2024 sebelum menjalani prosedur persenyawaan in vitro (IVF), Annie bersyukur beliau akhirnya hamil pada bulan Februari biarpun berakhir dengan keguguran.

Ujar Annie, beliau bertuah kerana suaminya yang merupakan bekas kapten pasukan Perak FA cukup memahami dan bersetuju untuk menuruti dengan apa jua saranan doktor.

Pada penghujung 2023, mereka memulakan perjalanan sebagai pejuang garis dua. Berikut antara ushaha yang beliau:

"Here’s some tips untuk para suami yang memiliki masalah sama macam husband Annie. Tips ini kami dapat daripada doktor:

1. Ubah gaya hidup and amalkan gaya hidup sihat.

2. Berhenti mengambil gula (cut sugar)

3. Berhenti merokok.

4. Kurangkan pengambilan kafein

3. Dapatkan rehat yang secukupnya dan tidur awal.

4. Jangan guna seluar dalam yang ketat.

5. Amalkan makan buah tembikai.

6. Bersama ketika waktu isteri subur. Dpaatkan beli alat peguji kesuburan (ovulation predictor test) di farmasi.

7. Boleh cuba ubat menambah jumlah sperma iaitu PROFERTIL.

Untuk rekod, Annie berkahwin dengan suaminya, Nasir Basharudin yang juga adalah bekas pemain Harimau Malaya pada Januari 2023.