PELAKON Shiqin Kamal sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, juralatih memanah dan berkuda, Mika Irfan Nojey Aman Amalo Nojey dalam majlis akad nikah yang berlangsung hari ini.
Tepat jam 12 tengah hari dengan sekali lafaz, Shiqin atau nama penuhnya Nur Ashiqin Mohd Kamal selamat disatukan dengan Irfan sebagai suami isteri dalam majlis yang diadakan di sebuah ruang acara di Damansara.