'Dia banyak buruk-burukkan adik saya.' 4 hari sebelum Nur Farah Kartini ditemui maut, abang dedah jumpa suspek

Iklan

Iklan
Iklan

KEMATIAN bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah memberikan kesan yang mendalam buat Muhammad Farizza Azmi, 28.

Enam hari adik bongsunya dilapor hilang, anak keenam daripada tujuh beradik itu bertungkus-lumus berusaha mencari termasuk bertemu dengan suspek.

Iklan

Baru-baru ini, Muhammad Farizza menceritakan detik-detik berhadapan dengan suspek sebelum mengetahui adik yang dicari-cari telah maut di tangan lelaki itu.

Beliau sempat bertemu lelaki tersebut di sebuah restoran di Slim River, Perak pada hari keempat adiknya hilang.

Iklan

"Saya ada jumpa dia (suspek) di kedai makan ketika adik hilang. Saya bertanya ada tak ambik adik saya. Kalau ada pulangkan. Kalau tak ada tak mengapa.

"Dia kata tak tahu.

"Saya pernah tanya, tak ada rasa nak cari tak? Dia kata ada, saya pun tengah usaha nak cari. Dia buat macam biasa tapi nampak takut.

Muhammad Farizza yang pada awal lagi mengesyaki suspek tidak berputus asa untuk cuba mendapatkan maklumat mengenai keberadaan adiknya.

Ia susulan fakta sah menerusi pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar Tanjung Malim.

Tangkap layar YouTube TV3MALAYSIA Official

Malah ketika meminta untuk memeriksa telefon, suspek juga berdolak-dalih selain mengatakan chat telefonnya juga sudah dipadamkan.

"Saya memang suspect dia sebab adik saya last dengan dengan lelaki ni.

"Kerana melalui menunjukkan (pergerakan) terakhir adik menaiki kereta lelaki itu.

"Apabila saya bertanya mengenai chat, dia dakwa sudah padam manakala rakaman rakaman dash cam pula didakwanya hilang.

Muhammad Farizza Azmi juga memaklumkan Nur Farah mengenali suspek sejak tahun 2022 dan membantu suspek menjalankan perniagaan kereta sewa sekitar Tanjung Malim.

Imbas kembali, 15 Julai lalu negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini kira-kira jam 6 petang selepas enam hari dilaporkan hilang.

Alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) UPSI itu gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Susulan itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah direman selama tujuh hari.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official