SETIAP rumah pasti tidak akan lari daripada serangga perosak seperti lipas. Pantang ada kawasan yang tersorok sikit, pasti dia datang buat kawasan jajahan mereka!
Oleh itu, penting setiap rumah ada semburan penghalau serangga sebagai langkah berjaga-jaga kalau mereka keluar tunjukkan diri.
Tambahan, semburan tersebut bukan saja dapat menghalau serangga perosak, malah haiwan berbisa seperti lipan dan anak ular juga dapat dikalahkan dengan semburan ini.
Malah, ada satu hantaran sebelum ini terdapat pegawai bomba menyarankan setiap rumah menyediakan semburan ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Misalnya seperti perkongsian Syalfarina Razali yang mana semburan sedemikian mampu membunuh lipan di rumah ibu mentuanya dan selamatkan mereka sekeluarga daripada terkena gigitan haiwan berbisa.
Sembur awal sebelum jumpa serangga
Dalam pada itu, jika di rumah anda ada banyak serangga ini, tak perlu tunggu mereka keluar untuk sembur.
Anda boleh terus sembur di kawasan mereka atau laluan yang kerap mereka guna. Semburan berkenaan akan memeningkan mereka sekaligus membunuh serangga tersebut.
Jadi, yang tak pernah ada tu boleh la buat simpanan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kan?