Kamera tanpa cermin bingkai penuh versi terbaharu, lengkap sistem pemprosesan imej terpantas

Iklan

CANON Marketing Malaysia baru-baru ini memperkenal kamera tanpa cermin bingkai penuh, EOS R1, sekali gus melengkapkan barisan kamera flagship, EOS R untuk pasaran lokal.

Lagi mengagumkan, ia tampil dengan sistem pemprosesan imej dan autofokus baharu yang baharu, selain menetapkan standard baharu dalam era digital.

Iklan
Iklan

Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, Edward Chang berkata, pihaknya sedang melakar era baharu untuk memperkasakan ekpresi visual tanpa tandingan.

"Selama lebih lima dekad, kamera profesional siri 1 Canon telah berkembang secara konsisten, seterusnya menetapkan piawaian untuk kemajuan teknologi dan memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah,” katanya.

Iklan

Selain memiliki kelajuan terpantas untuk pemprosesan imej dipercepatkan dengan kuasa sensor CMOS, ia juga dilengkapi teknologi peningkatan dalam kamera (In-Camera Upscaling) yang unik.

Iklan

Berikut antara lain kelebihan EOS R1:

  • Sistem pemprosesan imej Accelerated Capture baharu menampilkan Pemecut DIGIC yang inovatif bersama DIGIC X.
  • Kamera pertama yang mempunyai sistem Dual Pixel Intelligent AF generasi akan datang.
  • Mod Action Priority AF mengesan gerakan penting seperti menembak, menghantar dan menanduk khusus untuk bidikan acara sukan.
  • Boleh merakam letupan berkelajuan tinggi hingga 40 fps dengan pengatup elektronik, penangkapan senyap hingga 12 fps (pengatup tirai pertama mekanikal dan elektronik).
  • Dilengkapi dengan penangkapan praberterusan untuk pegun dan prarakaman untuk video.
Untuk informasi lanjut, layari https://my.canon/en/consumer.