Di mana Prebet Fakrullah? Hilang ketika keluar rumah lapor diri di Kem Terendak, hingga kini belum ditemui

Iklan

DI MANA Muhammad Fakrullah Nazri, 21, anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka? Keberadaannya menimbulkan tanda tanya, malah sehingga kini beliau belum ditemui.

39 hari berlalu tanpa sebarang petanda dan khabar berita, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai membantu mengesan kehilangan Prebet Fakrullah selepas keluar dari rumahnya untuk melapor diri bertugas di kem berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kehilangan Prebet Fakrullah yang telah berkhidmat dalam tentera sejak dua tahun lalu dilaporkan bapanya pada 20 Julai lalu, sejurus mendapati mangsa gagal dikesan sejak 24 Jun lepas.

Berikut info lanjut berkaitan yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit:

Iklan

1-Prebet Fakrullah yang difahamkan keluar rumah beralamat di Tanjung Minyak pada pukul 8.10 malam untuk melapor tugas di Kem Terendak selepas tamat tempoh bercuti.

2-Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas selepas keluar rumah.

Iklan

3-Prebet Fakrullah menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna hijau bernombor pendaftaran MBR 7230.

4-Kali terakhir, anggota tentera itu dilihat keluar dengan berpakaian baju T berkolar warna biru dan seluar coklat, selain memakai kasut sukan.

5-Menurut Christopher, ciri fizikal lain Prebet Fakrullah ialah termasuk berambut pendek bewarna hitam, kulit hitam manis, berbadan kurus dengan anggaran tinggi 172 sentimeter.

6-Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06- 351 1222.

LAPORAN ORANG HILANG TIDAK PERLU TUNGGU 24 JAM

Kita sering kali dimomokkkan dengan laporan orang hilang perlu dilakukan hanya selepas 24 jam. Hakikat sebenar, ia harus dibuat segera supaya tindakan pantas dapat dilaksanakan.

Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, masyarakat perlu membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga, saudara mara atau rakan mereka hilang serta mendapati ada unsur mencurigakan dalam kejadian kehilangan itu.

"Kita (di setiap balai) di Kuala Lumpur kena terima setiap laporan yang dibuat sebab setiap tempoh masa sesuatu kes orang hilang itu adalah amat penting untuk polis bertindak.

Rusdi berkata, selain itu laporan segera dapat membantu polis membuat usaha pengesanan individu yang dilaporkan hilang itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa semua pegawai dan anggotanya harus menerima laporan orang hilang yang dibuat, tidak semestinya untuk menunggu sehingga 24 jam.

Tindakan lewat mengambil laporan boleh menyebabkan setiap nyawa individu yang dilaporkan hilang terancam.