Bengang silibus tinggi, ibu bapa nak hentikan anak sekolah & homeschooling? Ini sebab Cikgu Fadli kurang setuju

Iklan

SEJAK akhir-akhir ini, tular di laman sosial keinginan dan pandangan ibu bapa untuk menghentikan persekolahan anak mereka di sekolah awam.

Iklan
Iklan

Ia tercetus susulan dakwaan tahap sukatan pelajaran yang semakin tinggi dan sistem yang tidak sesuai.

Perkara itu turut mendapat perhatian pempengaruh pendidikan, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang berpendapat pandangan tersebut perlu diperhalusi.

Iklan

Berikut adalah perkongsian beliau:

Iklan

"Terbaca ratusan komen kat post ini. Rata-rata memberi pandangan hendak memberhentikan sekolah dan homeschooling sahaja. Antara alasan utama adalah silibus yang terlampau tinggi selain faktor-faktor lain.

"Kata mereka, kat rumah pun anak boleh pandai dan berjaya, lebih terjamin keselamatan diri serta emosi.

"Begini kawan-kawan. Dari satu sudut, betul sangat homeschooling ni buatkan anak kita selamat dari dibuli, emosi terjaga, ada masa yang fleksibal, silibus kita boleh ajar ikut suka kita," ujarnya.

Tambah bekas guru itu lagi, banyak pengalaman dan ilmu anak-anak takkan dapat bila homeschooling.

"Pengalaman berkhemah. Pengalaman membeli di kantin. Pengalaman menggunakan tandas awam (tandas sekolah), pengalaman berhubung dengan guru, pengalaman menyantuni pelawat sekolah, pengalaman naik pentas terima hadiah, berucap, buat persembahan dan terima riuhnya tepukan," tambahnya.

Menyambung bicara, beliau yang popular dengan gelaran Cikgu Korea berkata, berjuta ilmu tentang kehidupan yang anak-anak dapat belajar di sekolah, yang mana tidak akan dapat di rumah.

"Benar kita kasih pada anak. Kalau boleh kita tidak mahu seekor nyamuk pun hinggap.

"Bagaimana mereka handle saat kena reject, bagaimana mereka handle emosi saat marah, saat dimalukan, bagaimana mereka handle perasaan kecewa awek dirampas kawan baik sendiri.

"Belum cerita di sekolah lah tempat mereka kenal siapa kawan, siapa sahabat. Siapa kedekut, siapa bakhil, siapa murah hati. Mereka belajar tentang empati melihat kawan yang lebih susah, yang ibu ayah dah meninggal dunia," ungkap bapa kepada empat cahaya mata itu.

Malah katanya, anak-anak juga dapat belajar berkongsi makanan, berkongsi pensel dan pemadam. Semua ini tiada di rumah. Tiada.

"Jangan hanya kerana kita kecewa dengan silibus yang terlampau tinggi itu kita mengenepikan ilmu dan pelajaran lain yang bakal anak kita dapat melalui pengalaman bersekolah. Begitulah," kata anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu lagi.

Sumber: Facebook Cikgu Fadli