BARU-BARU ini, viral video pendek tentang sebuah ferrari meluncur laju atas air di hadapan jeti marina Hotel Resort World Langkawi.
Apa yang membuatkan ramai teruja, keunikan yang pernah popular di Dubai itu akhirnya sudah berada di Malaysia.
Seorang pengguna TikTok, Mahani Sefani memberitahu, ia merupakan tarikan baharu di pusat peranginan popular tersebut.
Video berdurasi 12 saat yang dikongsikan, kereta jet berwarna merah berkenaan dinaiki dua individu sebelum meluncur laju menuju ke laut.
Bagaimanapun difahamkan, video itu dikatakan merupakan sesi ujian pemanduan dan menerima lebih 77,000 tontonan dan 1,400 tanda suka.
Melihat keunikan tersebut, ramai yang beranggapan tidak perlulah lagi terbang ke Dubai semata-mata nak cuba ferrari air tersebut kerana sudah ada dalam negara.
Pun demikian, rata-rata netizen yang menonton video tersebut tidak menyangka caj yang dikenakan agak mahal.
Mana tidaknya, bayaran RM1,500 hanya untuk 30 minit saja. Bak kata mereka, hanya sesuai untuk golongan T20 atau pelancong asing jer.
"Harga macam naik helikopter, tapi okey harga tu sebab kat Thailand pun (harga) RM1K lebih.” - MartAdam
"Dekat dubai $228 ye.” - Nradilasuhaila
"Gaji sebulan habis 30minit je .” - Arif Aziz
Sementara itu, dalam satu hantaran Facebook Langkawi Kini, tarikan terbaharu tersebut bakal menjadi daya tarikan baharu.
"Hanya Di Langkawi hampa . Habibi come to Dhubai. Habibi come to Langkawi Testing testing apa dulu panaskan enjin .”
Ramai yang memberi nasihat supaya berhati-hati, bimbang tanggung kerugian jika rosak.
"Hat takat-takat cukup makan. Pikiaq banyak kali naa. Jet ski pun RM15K. Kalau ni RM50K depa kata. Bagi kt T20 jala enjoy naik ni.” - Syahirah Salleh
"Bestnya....teringin nak bawa anak-anak pi (pergi) tapi pi dalam mimpi dulu laaa .” - Aliya Adni
"Ni kalau tersentuh tercalar mau kena bayar ganti rugi RM300K. Jangan cari penyakit la ada customer dah pernah kena kes jetski.” - Mohamad Subki Samsudin
Apapun, ia terserah kepada kemampuan masing-masing. Jika ada bajet lebih dan inginkan pengalaman menaiki ferrari atas air, bolehlah cuba.
Memang menarik jika betul kereta jet tersebut menjadi satu kelainan untuk aktiviti air di Langkawi nanti.