Pilunya ibu, sampai di hospital baru tahu anak maut dihempap pokok. 'Tiba-tiba suami suruh patah balik...'

Iklan

PILUNYA hati seorang ibu apabila terpaksa menerima kenyataan anak tercinta pergi selamanya dalam keadaan tragis dihempap pokok durian yang tumbang.

Iklan
Iklan

Dalam insiden yang berlaku di Kampung Charuk Sireh, Sik, Kedah itu, remaja yang dikenali sebagai Muhammad Assif Md Zahid, 17, sedang dalam perjalanan ke sekolah pada kira-kira pukul 7.20 pagi.

Ibu berkenaan yang berusia 46 tahun hanya mengetahui berita pemergian anaknya selepas tiba di Hospital Sik.

Iklan

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman, wanita berkenaan yang merupakan penjawat awam dalam perjalanan dari Felda Teloi Timur ke tempat kerjanya di Sungai Petani.

Iklan

Kejadian terbabit diketahui ibu berkenaan selepas dihubungi suaminya pada jam 7.44 pagi.

Wanita berkenaan diminta suami berpatah balik dan memaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak mereka.

Menurutnya, ketika itu ibu mangsa belum mengetahui anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, sebaik tiba di lokasi, wanita berkenaan berselisih dengan kereta suaminya dan terus mengikuti kenderaan lelaki itu ke Hospital Sik.

"Setibanya di hospital, baru suaminya memaklumkan bahawa anak mereka meninggal dunia akibat dihempap pokok di lokasi," kata Abdull Razak.

Punca kematian remaja itu adalah disebabkan kecederaan traumatik pada otak yang teruk (severe traumatic brain injury).

SEMPAT BISIK DUA KALIMAH SYAHADAH

Menurut seorang saksi kejadian, yang bertanggungjawab mengangkat mangsa untuk ke hospital, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sik, Rozaidi Saat sempat membisikkan dua kalimah syahadah pada mangsa yang ketika itu masih bernyawa.

Beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya ternampak remaja lelaki itu terbaring di tengah jalan tidak jauh dari rumah.

Allahyarham yang menunggang motosikal sendirian dengan berpakaian sukan sekolah agak lemah dan berlumuran darah pada kepala, selain luka pada badan.

Berbekalkan ilmu dipelajari dalam pertahanan awam, Rozaidi mengambil kain dan membalut tubuh remaja itu sebelum mengangkatnya masuk ke dalam kereta untuk ke hospital selepas diminta bapa mangsa.

Katanya, sepanjang perjalanan, arwah sudah kaku tetapi masih bernyawa dan sebaik tiba di hospital, doktor sudah berusaha merawatnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.

Takziah buat keluarga adik Muhammad Assif daripada Sinarplus, al-Fatihah.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro