Teknologi navigasi terhubung terus pada skrin MMI, ini spesifikasi canggih CFMoto edisi 800MT Explore terbaharu

Iklan

JENAMA motosikal terkemuka dari China, CFMoto baru-baru ini melancarkan secara rasmi model edisi 800MT Explore untuk pasaran dalam negara.

Pengenalan varian tersebut bersama dua pilihan rona elegan iaitu Gem Black dan Starry White mampu menarik minat pengguna apabila tampil dengan ciri dikemas kini.

Iklan
Iklan

CFMoto dalam laman rasmi berkata, fitur baharu tersebut dilengkapi dengan pelbagai sistem dan ciri elektronik canggih untuk meningkatkan lagi prestasi serta pengalaman penunggangan secara keseluruhan.

Iklan

"Paparan antara muka multimedia (MMI) 8 inci menghubungkan teknologi navigasi terus ke skrin motosikal seperti memainkan muzik dan pemberitahuan telefon pintar.

"Ciri-ciri termaju itu menunjukkan kesungguhan CFMoto yang mahu menggabungkan teknologi moden dan kemudahan dalam model 800MT Explore,” katanya.

Iklan

Berikut perincian lain edisi CFMoto 800MT Explore:

  • Enjin berkembar silinder 799cc dengan sistem DOHC (gabungan teknologi terkini).
  • Gabungan tenaga dan kecekapan enjin menghasilkan kuasa maksimum 67kW pada 9,250rpm dan tork maksimum 75Nm pada 8,000rpm.
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) menghalang isu tergelincir dan diperkukuhkan lagi dengan sistem RDS Rear Radar and Enduro dan Mod Riding Pro.
  • Selain mengesan titik buta dari belakang, teknologi RDS Rear Radar membantu pemandu menukar lorong dengan selamat.
  • Lengkap dengan tiga bekas simpanan aluminium berwarna perak dengan kunci keselamatan setiap satu.
Tawaran harga jualan bermula RM57,800 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).