Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu lagi power, ini sebab Naza Eastern Motors sasar jualan 100 unit tahun ini

Iklan

NAZA Eastern Motors Sdn Bhd menyasarkan jualan sebanyak 100 unit bagi tahun ini sempena pelancaran model terbaharu, Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohamad Irwan Shahril berkata, fitur baharu tersebut lebih praktikal untuk kegunaan seharian dengan kelebihan ruang kabin yang luas.

Iklan
Iklan

"Meskipun segmen tersebut lebih sesuai buat mereka yang berminat kepada kenderaan premium, namun kami berusaha untuk mengubah persepsi berkenaan.

Iklan

"Selain boleh meredah laluan lasak, ia juga dikuasakan enjin 1.5 liter petrol dengan tork 130Nm bersama sistem Allgrip Pro 4WD baharu dan transmisi automatik empat kelajuan,” katanya.

Pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia itu juga menjangkakan pengenalan model kenderaan jenis elektrik (EV) pada suku keempat tahun depan.

Iklan

Berikut spesifikasi lain Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu:

  • Dimensi panjang 3,822mm, lebar 1,645mm dan tinggi 1,720mm, manakala jarak roda 2,590mm.
  • Ruang kabin boleh memuatkan lima penumpang dengan sistem infotainmen bersaiz 9 inci skrin sesentuh.
  • Lengkap enam beg keselamatan SRS dan pengagihan kuasa brek elektronik (EBD) dan program kestabilan elektronik (ESP) dengan sensor Daya-G.
  • Ciri kawalan pegun bukit, turun bukit dan bantuan brek.


Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu dijual pada harga bermula RM199,950.