Nespresso perkenal Unforgettable Mediterranean Summer

Iklan

Koleksi baharu musim panas yang membangkitkan gaya hidup Mediterranean dengan perisa kopi edisi terhad, bungkusan yang bergaya, dan aksesori yang diwarnai dengan rona Pantone

NESPRESSO baru-baru ini melancarkan koleksi Unforgettable Mediterranean Summer dengan minuman kopi ais yang menyegarkan, menampilkan perisa edisi terhad baharu dan aksesori yang serba anggun.

Lengkap dengan resipi menyelerakan yang berupaya menghilangkan dahaga pada hari yang panas, koleksi itu didatangkan dengan pilihan warna pembangkit semangat yang dipilih secara khusus dengan kerjasama Pantone, pakar warna global.

Iklan
Iklan

Diinspirasikan oleh destinasi mewah seperti French Riviera, Kepulauan Greek dan Semenanjung Balkan, koleksi musim panas yang berwarna-warni itu direka untuk memberikan aroma, rasa serta gaya seperti sebuah percutian impian pada musim panas.

Pada masa sama, Nespresso bekerjasama dengan Pantone Colour Institute untuk mencipta pilihan warna yang selari dengan bandar ikonik persisiran pantai Mediterranean, menampilkan warna cerah Mandarin Orange, Habanero Gold, Muskmelon, Aquarelle dan Blue Lolite.

Iklan

Selain itu, Nespresso turut memperkenalkan minuman kopi sejuk edisi terhad yang dicipta khusus untuk cuaca panas. Sunny Almond Vanilla Flavour Over Ice untuk mesin Vertuo memberikan rasa kopi yang halus dan menyegarkan dengan adunan kopi Arabica yang dipanggang sederhana, mengingatkan tentang pelayaran musim panas Mediterranean.

Kopi berperisa baharu ini didatangkan dalam bungkusan Habanero Gold, yang direka dengan kerjasama Pantone dan menampilkan cip Pantone bagi menambah sedikit sentuhan sinaran matahari.

Iklan

Perisa bermusim, seperti Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Original dan Tropical Coconut Flavour Over Ice untuk mesin Vertuo terus memberikan rasa eksotik yang unik untuk musim panas anda.