Indah, si gajah jinak dan perahu panjang jadi tumpuan, ini keunikan TEGAK 2024 martabat sosiobudaya masyarakat pesisiran Terengganu

Iklan

INDAH antara gajah jinak menjadi sorotan utama di Temasya Tranung Kite (TEGAK) 2024 yang berlangsung di Dataran Kuala Berang, Terengganu sejak Khamis lalu hingga hari ini.

Rata-rata pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata mahu bergambar dan memberi makan kepada haiwan mamalia berusia 27 tahun yang berasal dari Temerloh, Pahang itu.

Iklan
Iklan

Tidak terkecuali, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris turut berkesempatan memberi makanan tebu kepada gajah berkenaan.

Iklan

Lagi menarik perhatian, Kejohanan Perahu Panjang Terbuka 2024 yang berjaya menarik lebih 585 peserta melibatkan 39 pasukan dari seluruh negara dan negara jiran iaitu Brunei untuk menyertai dua kategori yang dipertandingkan.

Pengerusi Persatuan Perahu Naga Terengganu, Muftaf Sulong berkata, pertandingan itu melibatkan kayuhan sejauh 400 meter menyelusuri Sungai Terengganu.

Iklan

"Selain dapat menghidupkan kembali perlumbaan perahu panjang kepada orang ramai, ia juga mempromosikan keindahan sungai Terengganu khususnya di Kuala Berang.

"Saya percaya acara seperti ini dapat mengembalikan kenangan zaman silam dan memartabatkan kembali sukan tradisional perahu panjang kepada generasi muda,” katanya.

Kejohanan yang dikelolakan oleh Persatuan Perahu Naga Terengganu tersebut menerima peruntukan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Terdahulu, MOTAC melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu dengan kerjasama Persatuan ATMA Seni Budaya Terengganu menganjurkan TEGAK 2024 buat julung kalinya pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti kejohanan gasing terbuka, pertandingan memanah terbuka, pertandingan sukan rakyat, antaranya sepak raga tuju dan galah panjang.