#ShinjiNakano trending di Malaysia, ramai netizen tak puas hati isu pelanggaran hingga gugat peluang peroleh pingat. Rupa-rupanya ini yang berlaku!

Iklan

INSIDEN pelanggaran pada acara perlumbaan berbasikal trek final, kierin di Sukan Olimpik Paris 2024 nampaknya mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, ramai yang tidak berpuas hati apabila atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom disingkirkan dalam acara tersebut.

Iklan
Iklan

Lagi mengecewakan, harapan untuk menempah pingat untuk acara berkenaan bagi Malaysia terkubur sekelip mata selepas hanya menduduki tempat ke-6.

Iklan

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan bila #ShinjiNakano menjadi trending di aplikasi X rentetan kemalangan itu dikatakan membabitkan pelumba Jepun dan Britain.

Wakil Jepun, Shinji Nakano itu bersama pesaing dari Britain, Jack Carlin dan Muhammad Shah Firdaus terlibat dalam nahas tersebut pada hujung perlumbaan.

Iklan

Akibatnya, Nakano dan Carlin diklasifikasikan sebagai DNF (tidak menamatkan perlumbaan) manakala Muhammad Shah Firdaus menerima status REL (disingkirkan).

Video pendek yang tular di media sosial tersebut menimbulkan kemarahan peminat sukan tanah air apabila Nakano dikatakan punca pelanggaran.

Rata-rata mereka yang meninggalkan komen berbaur kemarahan dan sindiran di aplikasi X hingga menjadi trending dengan lebih 12,000 hantaran direkodkan.

Memetik kenyataan Muhammad Shah Firdaus dalam Sinar Harian, anak jati Muar itu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia menerusi hantaran Instagram baru-baru ini.

Sementara itu, adik kepada pelumba berkenaan, Muhammad Ridwan Sahrom meminta orang ramai supaya tidak menyerang negara lain yang terlibat dalam pelanggaran itu.

Berikut petikan ayat yang dikongsikan di akaun Instagram rasmi milik beliau:

Aduhai, ramai yang bangkit menuntut keadilan, tak kurang juga yang bersedih Malaysia kehilangan potensi pingat yang mungkin dapat diraih meski tempat ketiga dalam acara tersebut.

Apapun kita masih ada masa lagi untuk beraksi dengan lebih baik ketika berdepan Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat nanti.

Malaysia boleh!