Wanita hati-hati dengan lupus. Keletihan boleh jadi salah satu simptom!

Iklan

Lupus merupakan suatu keadaan autoimun yang masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai kerana sifatnya yang kompleks serta kesan yang berubah-ubah terhadap penghidapnya. Serangan penyakit ini boleh berlaku tanpa amaran, dengan menjadikan sistem imun badan menyerang sel atau tisunya sendiri.

Lupus merupakan suatu keadaan autoimun yang masih menjadi tanda tanya kepada orang ramai kerana sifatnya yang kompleks serta kesan yang berubah-ubah terhadap penghidapnya. Serangan penyakit ini boleh berlaku tanpa amaran, dengan menjadikan sistem imun badan menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia berisiko mengakibatkan keradangan dan kerosakan pada mana-mana organ dalam badan, misalnya kulit, sendi dan organ dalaman.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, lebih kurang 10,000 rakyat telah disahkan menghidap lupus dengan kadar prevalen yang lebih tinggi melibatkan wanita iaitu sebanyak 90 peratus pada 30 tahun lalu.

Menerusi perkongsian Pakar Perunding Reumatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Cheah Chee Ken, sebagai penyakit autoimun, lupus boleh hadir dengan pelbagai gejala seperti:

Iklan
  • Keletihan
  • Sakit sendi
  • Ruam
  • Demam (sama ada demam ringan atau yang teruk)

Lupus boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan setiap satunya adalah unik, bergantung kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang boleh meletus dan reda secara tiba-tiba, sekali gus menyebabkan diagnosis dan pengurusannya cukup mencabar.

"Antara cabaran utama penyakit ini adalah ia sulit untuk didiagnosis pada peringkat awal kerana banyak gejala lupus yang mirip dengan penyakit lain. Oleh kerana sering kali didiagnosis penyakit yang salah atau lewat mendapatkan rawatan, menyebabkan komplikasi parah jika tidak dikesan lebih awal," kata Dr Cheah.Kekurangan sel darah merah

Iklan

Komplikasi akibat lupus boleh merebak sehingga menjejaskan pelbagai sistem tubuh. Antaranya termasuk nefritis lupus, yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang, gangguan neurologi seperti sawan dan gangguan kognitif.

Malah tidak terkecuali, masalah kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok, isu-isu pernafasan seperti radang selaput paru-paru dan tekanan darah tinggi dalam paru-paru, radang pembuluh darah, serta gangguan darah seperti anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

Oleh itu, penting untuk mengesan awal penyakit lupus supaya memudahkan anda untuk memulakan rawatan. Apabila rawatan dimulakan lebih awal, jadi lebih mudah untuk menguruskan penyakit ini. Kesannya, boleh mengurangkan komplikasi dan meningkatkan hasil keseluruhan.

Dalam pada itu, melalui perkongsian di laman Hello Doktor oleh Nana Muhammad hasil semakan Dr Joseph Tan, antara faktor risiko penyakit lupus ialah:

  • Jantina - Kajian menunjukkan penyakit ini sering dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki iaitu sebanyak 90 peratus manakala 10 peratus ialah lelaki dan kanak-kanak.
  • Umur - Wanita yang didiagnosis merupakan wanita lingkungan umur reproduktif iaitu antara 15 hingga 50 tahun.
  • Etnik - Penyakit ini banyak dijumpai dalam kalangan masyarakat Afrika-Amerika, Hispanik dan Asia-Amerika.
Seperti yang diperkatakan awal tadi, lupus mengakibatkan kerosakan pada organ yang mana terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  • Discoid Lupus Erythematous (DLE): hanya melibatkan organ kulit dan jarang merebak ke organ lain
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE): melibatkan pelbagai organ dalam badan dan boleh membawa maut

Meskipun sehingga kini masih ramai saintis yang belum menjumpai punca utama penyakit SLE. Namun, ramai yang percaya penyakit itu merupakan kombinasi masalah genetik dan juga persekitaran.

  • Cahaya matahari - Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan lupus aktif dalam tubuh seseorang yang mempunyai genetik tersebut. Tanda utama yang boleh dilihat ialah masalah kulit ruam lupus yang sensitif terhadap cahaya matahari.
  • Jangkitan kuman - Mengalami jangkitan kuman di mana-mana organ tubuh boleh menyebabkan lupus aktif buat kali pertama atau pengulangan dalam sesetengah kes.
  • Ubat-ubatan - Lupus boleh berlaku disebabkan oleh beberapa jenis ubat seperti ubat darah tinggi, ubat epilepsi dan antibiotik. Keadaan ini dinamakan drug-induced lupus.
Biasanya penghidap akan menjadi lebih baik selepas berhenti mengambil ubat tersebut. Walaupun jarang berlaku, simptom boleh berterusan dalam sesetengah individu meskipun pengambilan ubat telah dihentikan.

Kesan lupus terhadap emosi

Tambah Dr Cheah, lupus tidak hanya memudaratkan fizikal tubuh badan tetapi juga memberi kesan yang ketara kepada kesihatan mental. Sifat penyakit ini yang sukar dijangka boleh membawa kepada kerisauan dan kemurungan. Oleh itu, penting bagi seorang pesakit untuk mendapatkan sokongan dari orang lain.

"Penting seorang pesakit mendapat sokongan psikologi misalnya daripada kumpulan sokongan, kaunseling, dan terapi. Ramai lagi masyarakat di luar yang tidak sedar apa itu lupus sehingga boleh menyebabkan salah faham tentang gejala dan keupayaan individu yang terjejas dengan penyakit ini.

Jadi, wajar untuk mereka ada kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini supaya dapat mendorong rasa empati dan beri sokongan kepada pesakit,” jelasnya.

Lupus tiada penawar, tetapi ada cara yang mampu untuk meringankan bebanan pesakit dengan menjalani rawatan. Pemilihan kaedah rawatan dan pengubahsuaian cara hidup perlulah bergerak seiring demi memastikan gejalanya dapat dikawal dengan berkesan.

Kemajuan perubatan kini telah memperkenalkan pelbagai jenis terapi yang lebih bersasar bagi memastikan rawatan dapat disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit, sekali gus berpotensi mengurangkan kesan sampingan yang tidak diingini.

"Malangnya, tiada penawar untuk mengubati lupus kerana ia berpunca daripada badan anda sendiri. Sebaik sahaja ia diaktifkan, penyakit ini akan sentiasa ada. Tujuan rawatan adalah untuk menjadikan penyakit ini dalam keadaan terkawal, yang dipanggil peredaan (remission). Kemajuan perubatan ini penting, namun ia perlu disokong dengan penyesuaian gaya hidup yang konsisten.

"Dengan cara itu boleh meningkatkan keberkesanan rawatan secara signifikan, menjadikannya lebih berkesan terhadap pesakit. Serampang dua mata ini bukan sahaja membantu mengendalikan gejala fizikal tetapi juga menyokong kesejahteraan secara menyeluruh, serta menangani cabaran fizikal dan emosi akibat penyakit lupus," tambah pakar itu lagi.

"Penting buat masyarakat di luar sana untuk cakna tentang penyakit itu. Memahami lupus adalah kunci untuk menguruskannya dengan berkesan

"Melalui pendidikan, kesedaran, dan penjagaan yang menyeluruh, individu yang menderita penyakit ni boleh menjalani kehidupan yang lebih baik," jelasnya.

Buat pesakit lupus, meskipun ia adalah sebahagian daripada hidup anda, tetapi tidak menentukan hidup kalian. Dengan rawatan dan sokongan yang betul, anda boleh mengendalikan gejalanya dan hidup lebih baik. Semoga suatu hari nanti lupus bukan lagi penyakit yang dideritai sepanjang hayat tetapi suatu keadaan yang boleh dikawal.