Intan Najuwa bakal timang bayi perempuan, kejutan manis sempena hari lahir ke-27. 'This is the best gift ever'

Iklan

'KAMI bakal menimang bayi perempuan'

Iklan
Iklan

Demikian titip pelakon Datin Intan Najuwa selepas menerima kejutan dalam acara gender reveal anak sulungnya.

Sedang menikmati percutian di Sepanyol, pelakon Jesnita itu berkongsi video memaparkan beliau dan suami menekap kek menggunakan gelas untuk melihat warna isi kek itu.

Iklan

Hasilnya, kek berbentuk hati berwarna merah itu menandakan jantina bayi yang dikandungnya adalah perempuan.

Video pendek itu turut memaparkan Intan sedang mengusap perutnya.

Iklan

Ia merupakan momen bermakna buat Intan yang turut menyambut ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan pada tarikh yang sama iaitu 18 Ogos.

Dalam pada itu, Intan dan suami, Datuk Ahmad Azraf Azman menzahirkan kesyukuran atas kurniaan dalam hidupnya.

Untuk rekod, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid sah bergelar isteri kepada Azraf pada 18 Ogos 2023.

Dinikahkan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut, majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Intan terdahulu mengumumkan kehamilannya pada Julai ketika usia kandungan mencecah trimester kedua.