BARU-baru ini kisah kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun viral di laman sosial selepas ditemukan terperangkap di dalam lif sebuah pangsapuri di Sri Petaling.
Susulan insiden itu, sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai memaparkan kanak-kanak berkenaan tular.
Paparan video yang dimuat naik pengguna TikTok Mud CentRoy, tersebut mendedahkan laporan kerosakan lif berkenaan.
Beliau turut mendakwa lif berkenaan dalam keadaan baik dan gagal berfungsi selepas perilaku vandalisme sekali gus menjadi punca ia terhenti.
"Isu: Budak terperangkap dalam lif. Laporan kerosakan daripada pihak lif (Fujitec). Lif di blok 59 berjalan dengan baik dan tiada kerosakan.
Beralih ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi, antaranya kritikan kepada pihak pengurusan dan keselamatan yang kurang peka.
Tidak kurang juga yang mahu insiden tersebut dapat menjadi pengajaran.
SinarPlus terdahulu berkongsi berita kehilangan dua kanak-kanak lelaki akhirnya terjawab selepas mereka ditemui dalam keadaan selamat di dalam lif yang didakwa terbuka sendiri kira-kira jam 1 pagi, pada Selasa.
Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Ina berkata, anak saudaranya keluar dari rumahnya untuk membeli pau dan terdahulu berjumpa rakannya yang berada di apartmen berhampiran.
Sumber: TikTok