BARU-BARU ini, tular sebuah poster yang menunjukkan buah kebangsaan bagi negara-negara ASEAN yang bikin ramai kecoh terutamanya bila melibatkan durian.
Mana tidaknya, poster yang dipaparkan di akaun Facebook ASEAN Skyline itu memberitahu raja buah merupakan buah kebangsaan bagi Singapura, selain Malaysia dan Indonesia.
Berikut list buah yang disenaraikan untuk setiap negara:
Vietnam: Buah naga
Thailand: Buah manggis
Indonesia: Buah durian
Malaysia: Buah durian atau betik
Myanmar: Buah belimbing buluh
Singapura: Buah durian
Filipina: Buah mangga
Kemboja: Buah pisang telur
Semua sedia maklum, negara kita sememangnya pengeluar pelbagai baka durian berkualiti tinggi hingga berjaya dieksport hingga ke luar negara terutamanya China.
Lebih membanggakan, menurut data yang dikongsikan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, nilai eksport durian dilaporkan meningkat kepada RM1.8 bilion menjelang 2030.
Lapor media tempatan, kementerian memberitahu, nilai eksport durian Malaysia ke seluruh dunia mencatat RM1.14 bilion pada tahun 2022 yang mana ia juga tertinggi dalam sejarah.
Terkejut dengan tragedi tersebut, lelaki berkenaan enggan untuk
China adalah pasaran eksport utama buah durian Malaysia dengan nilai eksport RM887 juta pada 2022 iaitu tertinggi dalam sejarah pengeksportan durian ke negara itu.
Tak kurang juga Indonesia pun memiliki potensi yang besar untuk mengeksport lebih 100 jenis hasil buah tempatan mereka termasuk durian ke China.
Antara baka yang menjadi sebutan di sana seperti Sukun Durian, Sitokong, Sijapang, Simas, Sunan dan banyak lagi dengan keluasan tanah yang memang luar biasa.
Nak dijadikan cerita, ramai netizen kurang senang apabila negara di seberang tambak disenaraikan dengan durian yang didakwa sebagai buah kebangsaan mereka.
Bukan apa, posting tersebut menerima lebih 5,500 tanda suka dan 1,900 komen yang mana masing-masing terkejut dengan penilaian tersebut.
Selain perbahasan di mana letaknya kebun atau ladang durian, netizen juga percaya kebanyakan buah tropika tersebut datangnya dari sebelah Johor yang dibawa masuk ke Singapura.
Apapun ramai juga bergurau dan minta jangan ambil hati dengan komen yang dikongsikan sambil menyenaraikan buah durian yang boleh didapati di Malaysia.